6 Jul 2010

PERSOALAN? MENGAPA PSSKSM GUNA GLOVE SEMASA SPARING

Glove merupakan sarung tangan yang diisi dengan span tebal. Ianya digunakan untuk mengelakkan kecederaan ketika berlaga atau bertinju. Permainan glove ini biasanya dikenali di dalam permainan tinju, tomoi & sebagainya. Ianya adalah satu kaedah yang selamat untuk menguasai sesuatu permaianan laga dalam sesebuah seni beladiri.

Ramai yang bertanya, kenapa Kuntau Selendang Merah menggunakan glove untuk belaga/ sparing. Tak kurang juga yang memberi komen tentang silat melayu menggunakan glove mencemarkan imej silat ?. Walau apapun komen orang terhadap silat ini cikgu percaya ramai lagi diantara kita yang berfikiran jauh menerima penggunannya secara baik dan bijak.

Asal usul silat kuntau selendang merah merupakan silat yang bercirikan laga atau tempur. Mungkin bila disebut laga ramai yang terbayang silat itu berlaga seperti silat olahraga yang popular kini. Sebenarnya permainan laga silat ini lebih jauh dari oalahraga. Kerana dalam laga kuntau selendang merah kita dibenarkan memukul bahagian kepala yakni muka. Ianya diasaskan oleh Guru Utama silat ini iaitu Datuk Haji Baharom bin Haji Kamari sejak kira-kira awal 80an dulu. Asalnya silat ini berlaga tidak menggunakan glove tetapi disebabkan cedera ringgan yang tidak mampu ditanggung oleh pesilat maka kaedah penggunaan glove diperkenalkan. Siapa yang mampu kalau belajar silat bengkak sana-sini dan ini adalah seriusnya teknik belajar silat yang sebenar dalam ertikata lahirkan pendekar yang gagah. Teknik ini dipersetujui oleh guru-guru tua seperti Mahaguru silat Sendeng Muar iaitu Allahyarham Cikgu Hamid Jah. Tok Ayah pernah berguru dengan beliau suatu ketika dahulu dan menjadi anak angkat Cikgu Hamid tetapi hubungan ini terputus ketika Tok Ayah melanjutkan pelajarannya di peringkat Master di USA.

Cuba kita renung sejenak semasa negara mengadakan pertandingan altimate warrior. Tak satupun silat berjaya ke pusingan hadapan. Masing-masing pulang dengan hati yang hampa dan ada sesetengah orang silat itu pula memberi komen yang bukan-bukan tentang pertandingan tersebut. Tak salah luahkan rasa tak puas hati sendiri tapi kenalah bercara. Jangan meludah ke langgit akhirnya jatuh ke muka sendiri pulak. Konsep sparing altimate warrior dikatakan tak sesuai dgn org silat? benar ke?...mengapa keluarkan kata-kata yg melemahkan semangat seluruh org silat. Ini boleh disifatkan sebagai khianat budaya bangsanya sendiri. Cuba ingat kembali Hang Tuah melawan Siam satu ketika dahulu membawa kejayaan yang gemilang hingga menakutkan musuh yang lain. Kenapa tomoi (beladiri siam) boleh menguasai pertandingan pula. Apa silap kita, pada pandangan cikgu org silat kita suka melaga-lagakan sesama sendiri, seperti berani diluar tapi penakut didalam gelanggang. Sedarlah bahwasaya bangsa Melayu kita ini kaya dengan ilmu persilatan yang pelbagai, ilmu yang handal biasanya tidak akan dihebahkan. Bukan kerana ilmu itu tak sesuai tetapi diri kita sendiri yang masalahnya. Banyak faktor diri yang perlu dimuhasabah terutamanya hati. Kalau belajar ilmu hebat begini tetapi sombong dan angkuh serta menindas orang lain apa gunanya.

Diharapkan penulisan kali ini dapat membuka minda sesiapa yang ingin membukanya. Tiada paksaan dalam Islam begitulah juga silat. Segala kata-kata yang menguris hati maaf dipinta semoga kita mendapat ilmu yang berguna.....