22 Sep 2010

PULIHKAN KEMBALI HARGA DIRI

Tiap yang hidup pasti akan merasai mati. Itulah ketapan yang ditentukan oleh Maha Esa buat kita hambaNya. Dunia ini adalah titian kita untuk menuju alam yang hakiki. Jika beriman kita di dunia maka akhirat kelak bahagialah hendaknya. Tetapi jika sebaliknya tunggulah siksaan Allah yang amat pedih lagi menyakitkan.

Hidup di dunia ini melalui pelbagai ujian dan rintangan. yang pastinya kita sebagai hambaNya tidak pernah ditinggalkan sendirian dalam menunjuk jalan kebenaran. Al-Quran dan Sunnah Rasul junjungan tetap memandu kita ke jalan yang sepatutnya. Terpulanglah kepada kita sendiri mana yang nak ikuti Allah & Rasul atau syaitan durjana.

Nafsu bagai fatamorgana di padang pasir. Jika kita lalai mengawal nafsu kita sendiri akan dikawanya dan menuju kearah kebinasaan dan laknat Allah pada kita seluruhnya. Orang yang beriman sentiasa memikirkan bagaimana untuk mengawal nafsunya sendiri. Orang yang beriman juga, menjadikan Al-Quran dan Sunah sebagai asas kepada iman yang sejati. Ketetapan imanlah yang sentiasa dicari agar ianya sentiasa subur dan mekar sebagai hamba Allah yang terbaik.

Sumpah/ berjanji amat mudah untuk dilafaskan tetapi harus ingat adakah kita seorang yang taat kepada sumpah atau janji yang telah dibuat. Dalam islam, orang yang bersumpah atas nama Allah jika melanggarnya akan dikenakan kifarah (rujuk ulamak). Janganlah kita sibuk mencari jalan perjuangan tetapi sikap suka khianati sumpah atau perjanjian yang di buat. Manusia seperti ini (yakni khianati sumpah) adalah orang yang tidak boleh dipegang. Orang seperti ini adalah orang yang sedih sekali imannya. Janganlah kita setakat pandai berkata-kata tetapi cetek nilai akhlaknya.

Pangkat dan darjat bukan dihati para pejuang. Kisah sahabat Nabi saw yang suka merendah diri dan tidak memandang kepada pangkat dan darjat wajib dicontohi. Ilmu tinggi tetapi tidak punyai hati yang ikhlas untuk berjuang tidak berguna malah terkutuk dan hina. Sebagai manusia kita tidak terlepas dari melakukan kesalahan dengan itu sentiasalah muhasabah diri akan apa yang telah dilakukan seharian agar kita tidak tersasar dari landasan yang sebenarnya.

Semoga kita dilindungi Allah dalam meneruskan perjuangan Agama, Bangsa dan Tanah Air yang tercinta...... wassalam