25/05/2013

UJIAN MENDATANG BUAT SEMUA PARA PEJUANG ALIF BA TA....

Memilih untuk berjuang di jalan kebenaran sudah menjadi satu impian bagi kita sebagai orang islam yang sayangkan agama, bangsa dan tanah airnya. Mungkin tak siapa yg sangka di tengah perjalanan meniti arus perjuangan, banyak ujian dan cabaran yg wajib kita hadapi sebagai tanda kita benar-benar layak utk bergelar seorg pejuang sejati.

Zaman mungkin akan mengubah masa dan tempatnya, tetapi bagi seorang pejuang ianya tidak beerti apapun jika kita masih ditakuk lama atau tidak menerima perubahan yg ada dalam meneruskan perjuangan yg dihidangkan buat kita.

Merindui jalan yg mudah dlm perjuangan ibarat mengharap rembulan ditengah siang. Jalan yg penuh duri dan liku2 ranjau pasti menjadi hidangan kita buat selamanya. Cuma bagi mereka yg tahu menilainya dan meredahnya pasti akan mudah dan tidak menyakitkan hati yg kecil ini.

Sebagai seorang pejuang kita juga manusia biasa yg tak mampu menghalang segalanya yg telah ditetapkan buat hidup kita. Ditipu, dihina, dicaci, dan sebagainya sudah dianggap lali kerana ianya menguatkan jiwa kita utk terus dilandasan yg sepatutnya.

Pengetahuan yg kuat dan luas haruslah dicari dan dipelajari dari guru yg sangat berpengalaman. Kerana dengan ilmu pengetahuan yg cukup kental sahaja kita mampu mendayung sampan hingga kemana hendaknya. Berpeganglah kepada tali Allah dan RasulNya agar kita tidak tersasar dgn apa yg telah digariskan oleh Rabbil'izzati. Semoga jalan perjuangan ini terus bersemi dgn kehadiran lebih ramai lagi yg menjiwainya dan menghargai apa yg diberikan kepadanya.

10/03/2013

AMANAT DARIPADA 
KHALIFAH GURU UTAMA & PENGASAS
GERAKAN SELEMPANG MERAH MALAYSIA
PROF. DATUK DR HJ BAHAROM BIN HJ. KAMARI

ADALAH DIMAKLUKAN BAHAWA TOK AYAH KHALIFAH TELAH MENGARAHKAN SEMUA JEMAAH SELEMPANG MERAH YANG MEMBUKA LAMAN SOSIAL SEPERTI BLOGER, FACEBOOK DAN LAINNYA YANG MENGGUNAKAN NAMA GERAKAN SELEMPANG MERAH AGAR MENUKARNYA KEPADA LAMAN RASMI PERIBADI SENDIRI. TIDAK DIBENARKAN MANA-MANA AHLI MENGGUNAKAN NAMA PERTUBUHAN MAHUPUN LOGO RASMI PERTUBUHAN UNTUK WEB PERSENDIRIAN. 

INI BERIKUTAN TERLALU BANYAK LAMAN SOSIAL YANG ADA MENGGUNAKAN NAMA DAN LOGO PERTUBUHAN TANPA DIKENALI SIAPA PEMILIKNYA. SEPERKARA YANG WAJIB DIKETAHUI ADALAH MENJADI TANGUNGJAWAB KITA BERSAMA MENJAGA NAMA BAIK DAN MARUAH PERTUBUAN SEPERTI MANA YANG TERSEBUT DALAM SUMPAH BAIAH YANG DILAFAZKAN. 

HARAP MAKLUM DAN BERTINDAK SEGERA...


05/12/2012

AHLI MAJLIS GURU
GERAKAN SELEMPANG MERAH
(Pertubuhan Seni Silat Kuntau Selempang Merah Malaysia)


Keunikan Gerakan Selempang Merah ini dengan wujudnya ahli majlis guru yang dianggotai oleh 6 orang ahlinya. Setiap ahli majlis guru ini telah dipilih dan diuji kesetiaan, ilmu dan pelbagainya lagi yang melayakan mereka diangkat menjadi ahli majlis. Gerakan Selempang Merah bukan sekadar pertubuhan tetapi ianya juga lebih kepada sebuah perguruan dimana penerapan ilmu serta amalan yang wajib dipelajari dan diamalkan oleh setiap ahli atau murid. Permainan Seni Silat Kuntau yang diasaskan oleh Tok Ayah (Prof. Datuk Dr. Hj. Baharom bin Hj. Kamari) merupakan sebuah seni beladiri yang membuka mata banyak pihak terhadap kehebatan ilmu silat melayu. Mungkin ada sebilangan orang kita yang melihat permainan silat Kuntau Selempang Merah ini mirip permainan MuayThai atau Boxing, namun hakikatnya ianya BUKAN diambil atau meniru mana-mana permainan. Ianya permainan asli yang dibawa oleh garap oleh Tok Ayah bersesuaian dengan keadaan semasa dan faktor keselamatan. Tugas utama ahli majlis guru ini adalah bersama Tok Ayah selaku Khalifah membuat dasar perjuangan pertubuhan dan wajib dipatuhi oleh setiap ahlinya tanpa gagal. Berikut adalah senarai dan susur galur kekananan Perguruan Gerakan Selempang Merah yang ditetapkan oleh Tok Ayah Khalifah Guru Utama & Pengasasnya; 

1. Prof. Datuk Dr. Haji Baharom bin Haji Kamari
    (Khalifah Guru Utama & Pengasas) - Pengerusi
2. Guru Mohd Indrajihadi Kamari bin Hj Baharom (Timbalan Pengerusi)
3. Dr Shahrudi bin Sani (Setiausaha)
4. Dr. Haji Wan Mohd Tahir bin Hj Wan Ibrahim (Ahli)
5. Guru Mohd Fadzil bin Hj Mohd Yusof (Ahli)
6. Guru Muhammad Zazali bin Hj Ali (Ahli)

Kesimpulannya, setiap ahli Gerakan Selempang Merah wajib menerima keputusan daripada Ahli Majlis Guru ini selagi ianya tidak bercanggah dengan Syariat Islam yang digariskan menurut al-Quran dan as-Sunnah.

23/11/2012

SEMINAR PERMAINAN ASAS TONGKAT 
SENI SILAT KUNTAU SELEMPANG MERAH 
MALAYSIA

Kuala Lumpur 17.11.2012 dibawah bimbingan Ketua Jurulatih, Dr Shahrudi bin Sani telah mengadakan satu Seminar Permainan Asas Tongkat Seni Silat Kuntau Selempang Merah bertempat di SK Kiaramas, Kuala Lumpur.  Seminar ini dijalankan selama 4 jam dan telah medapat sambutan yang mengalakan. Walaupun permintaan banyak daripada ahli-ahli tetapi seminar ini dihadkan hanya kepada 30 orang sahaja. Ini disebabkan jumlah tongkat yang disediakan untuk latihan tersebut. Seminar ini dihadiri oleh pelbagai lapisan umur yg merupakan ahli.  













10/11/2012



CERAMAH PERJUANGAN MELAYU 

18.11.2012 JAM 2-6PM 

HOTEL PRESSCOT KAJANG

SEMUA AHLI DIJEMPUT HADIR 

PAKAI BAJU RASMI @ HITAM 

SILA BERI KEHADIRAN KEPADA 
AYAHANDA PAKTEH SEGERA 
SBLM 15.11.2012 

MAJLIS USRAH GSM 

24 NOV 2012 
(SABTU) 

9.00 - 11.00 MALAM 

DI RUMAH TOK AYAH KHALIFAH 
(KAJANG) 

SEMUA AHLI DIJEMPUT HADIR

SILA MAKLUM KEHADIRAN KEPADA 
AYAHANDA PAKTEH 
SBLM 20.11.2012 

PENCERAMAH KHAS 
AL FADHIL AYAHANDA 
US AHMAD MARZOHRIN (KUANG)


04/11/2012

MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL PROGRAM KLINIK SENI SILAT KUNTAU SELENDANG MERAH MALAYSIA 
(GERAKAN SELEMPANG MERAH MALAYSIA)


Sabtu - 3 November 2012 bertempat di SMK Bukit Bandaraya Kuala Lumpur telah berlangsungnya Program Penyampaian Sijil daripada Jabatan Belia dan Sukan Kawasan Lembah Pantai(PBSLP). Seramai 32 orang pelajar telah dianugerahkan sijil penyertaan daripada PBSLP. Turut hadir ialah wakil Pegawai PBSLP, Penolong Kanan Kokurikulum SMKBB, Ayahanda Paduka Dr Shahrudi, Ayahanda Paduka Pakteh, Along Muzri, Along Aizat dan para ibu bapa. 

Program ini telah dijalankan sebanyak 15 kali latihan di SMKBB dibawah Jurulatihnya Abg Long Cikgu Muzri. Secara keseluruhan program ini mendapat sambutan dan sokongan yang baik daripada pihak sekolah khususnya dan ibubapa pelajar. Diharapkan program sebegini akan diteruskan di tahun depan. Ucapan Tok Ayah telah disampaikan oleh Dr Shahrudi sebagai wakil. 

  






23/10/2012

TANGGANI STRESS

Stress adalah suatu kondisi ketegangan yang mempengaruhi emosi, proses berpikir dan kondisi seseorang (Handoko, 1997:200). Setiap orang memiliki masalah yang berbeda dan mempunya cara yang tersendiri dalam menyelesaikannya, meskipun setiap masalah ada jalan keluar namun dalam proses mencari sebuah jawapan kadang-kadang seseorang mengalami hal-hal yang tidak menyenangkan seperti memikirkan sesuatu yang tak berujung pangkal, munculnya rasa panik yang berlebihan jika masalah belum selesai dan segala macam pikiran dan perasaan yang akhirnya stress dan paranoid.
             Stres boleh terjadi kepada semua peringkat umur misalnya stress pada anak-anak yang masih belia, remaja, dewasa, setengah baya bahkan hingga orang yang sudah berumur pun boleh mengalaminya dan pada kenyataan stress sudah menjadi masalah utama bagi banyak orang baik di lingkungan pekerjaan kerana banyaknya tekanan, tanggung jawab yg harus diterima dan masalah-masalah apapun yang tak seharusnya ataupun stress karena masalah rumah tangga entah itu karena hubungan yang kurang harmonis, masalah belanja rumah atau mungkin masalah dalam mengurusi anak-anak.
Hakikatnya stress memberikan kita pendewasaan diri kerana kita sedang menghadapi sebuah tentangan hidup yang harus kita lalui. Percaya ataupun tidak kedewasaan kita dinilai sejauh mana kita dapat menyelesaikan masalah. Namun begitu jangan pula jadikan stress  hidup sebagai alasan untuk melakukan hal-hal yang hanya akan menambah masalah apatah lagi menghalalkan segala cara yang haram untuk menyelesaikan masalah padahal tanpa disadari kita hanya lari dari permasalah dan tanpa disadari telah melakukan  cara menghilangkan stress yang salah.
              Jika kita stress maka ada beberapa cara yang merupakan cara mengatasi stress. Jangan sampai stres menyiksa hidup kita dan menyebabkan kita ‘frust’ hingga mudah marah, cemas, konflik, dan merasa  tertekan.  
Cara yang wajar untuk kita tanggani stress ialah seperti berikut :-
1.    Perbanyaklah berdzikir dan berdoa, memohonlah kepada-Nya agar diberikan jalan keluar terbaik dari masalah yang kita hadapi.
  1. Milikilah pandangan positif terhadap diri kita dan berupaya menahan diri dari fikiran negatif sehingga akan membantu untuk berfikir jernih dan bergaul dengan orang-orang yang berfikir positif
  2. Tidur yang cukup juga membantu kerana dengan tidur yang cukup akan membantu kita merasa segar dan menjadi produktif terhadap pekerjaan dan tanggung jawab kita. Ia juga akan membantu membersihkan pikiran dan objektif  dalam mengenalpasti sebuah masalah.
  3. cubalah untuk relaks dengan melakukan hobby seperti membaca al-Quran, mendengar musik, menonton film, membaca, melukis, berbual dengan teman-teman dan apapun yang dapat membantu menenangkan kita dan memberi suasana hati yang kondusif.
  4. Cubalah untuk bertukar-tukar fikiran dengan orang-orang yang kita percayai yang netral dalam melihat permasalahan sehingga anda dapat mendapatkan nasihat yang waras tanpa dipengaruhi ego dan kepentingan.
  5. Rendah hati dan jujurlah pada diri kita sendiri agar kita dengan mudah melihat kesalahan yang telah kita lakukan sehingga dapat memotivasikan diri untuk mengambil langkah yang lebih baik dan bijak dari sebelumnya.
  6. Jika anda terpaksa berada dalam keadaan yang dapat membuat kita emosi dan marah sebaiknya kita diam dan bernafas pelahan-lahan.
  7. Yang terakhir jadikanlah hidupmu lebih hidup tanpa harus mengganggu kehidupan orang lain apalagi merugikan orang lain.
 Sumber dikongsi dari metriscommunity.com