19 Ogo 2011

HINDAR SIFAT SOMBONG DALAM KEHIDUPAN


Sombong merupakan satu sifat yang tidak boleh diterima oleh manusia. Ianya bukan sahaja merugikan diri sendiri malah kepada ummah itu sendiri. Orang yang sombong adalah dikalangan mereka yang tidak berpengetahuan tetapi ingin menunjuk pandai dalam pelbagai hal yang diceburi.

Allah SWT telah katakan dalam surah Luqman; ayat 18 yang bermaksud: “Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia (kerana sombong) dan janganlah berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang sombong lagi membanggakan diri.”

Sifat sombong boleh diklasifikasikan salah satu sifat orang-orang munafik. Kerana kesombongan itu menjadikan dia berdusta dalam berkata-kata, Empat sifat, siapa yang bersifat dengannya bererti ia seorang munafik yang nyata, dan siapa yang mempunyai salah satu dari sifat-sifat itu bererti ia mempunyai satu sifat munafik sehingga ia meninggalkan sifat itu iaitu : Apabila bercakap ia dusta, apabila berjanji ia mungkiri, apabila ia mematerikan perjanjian ia cabuli perjanjian itu dan apabila berbalah (bertengkar) ia sentiasa ingin menang (Riwayat oleh al’Syaikhan dari Ibn ‘Amr).

Kesimpulannya, sebagai seorang hamba Allah yang beriman hendaklah kita menghindari sikap yang tercela ini dan sentiasa menguatkan ukhwah antara kita agar ummah akan terus berkembang dan berjaya. Sikap sombong mengundang banyak masalah dan kerugian bukan diri sendiri sahaja tetapi kepada orang sekitar kita. Ingatlah hidup kita ini memerlukan saudara, jika kita seorang yang sombong, tidak aka ada pertolongan jika kita dalam kesusahan kelak malah akan dicela dan dihina masyarakat. Imam as-Syafie Rahimahullah berkata : "berfikir sebelum bercakap tentang sesuatu perkara, jika tiada kesan buruk, bercakaplah. Sekiranya terdapat kesan buruk atau keraguan padanya jangan kamu bercakap".

Catitan : A.D.S.S