19 Sep 2012

LIHATLAH SEKELILING ANDA

Kasih sayang merupakan suatu perkara yang amat penting dalam kehidupan kita seharian. Kasih sayang juga mengikat kita dari tersasar ke landasan yang salah dari sudut agama dan adat resam. Kehidupan sebagai manusia di dunia ini amat memerlukan kasih sanyang. Nilai kasih sayang yang baik akan melahirkan umat atau generasi yang harmoni dan berjaya.

Sebagai manusia kita tidak boleh lari daripada melakukan kesalahan. Setiap apa yang kita lakukan akan memberikan pulangannya tak kira baik atau buruk. Kesalahan yang dilakukan harus diikat dengan kesedaran dan keinsafan agar kita tidak terus hanyut dibuai gelora nafsu yang melonjak.

Peristiwa kes pembuangan bayi pada akhbar isnin lalu amat mendukacita setiap manusia yang cinta dan kenal erti kasih sayang. Pelik, mengapa generasi ummat kini dihatinya tiada perasaan kasih sayang? terutamanya kepada darah daging kita sendiri. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul, mungkin ini yang mampu dikatakan kerana kita juga tak boleh salahkan mereka yang melakukannya semata-mata. Ini juga perlu ditanggung bersama terutama orang yang bertangungjawab terjadinya hal ini dan para ibubapa serta ahli keluarga dan masyarakat.

Kesedaran dan rasa tangungjawab yang pernah dibuahkan oleh YB Datuk Seri Ali Rostam iaitu Ketua Menteri Melaka suatu ketika dahulu amat saya hormati. Idea beliau untuk menubuhkan satu institusi yang mampu membela nasib gadis-gadis seperti ini sepatutnya diterima secera positif bukan dengan mencela dan menolak idea ini tanpa berfikir panjang. Persoalannya sanggupkah kita melihat kes sebegini terus menerus dan malah lebih ramai lagi dahlah buat dosa zina ditambah dengan dosa membunuh pula. 

Bukan bermaksud mengatakan sepenuhnya idea ini suatu jalan yang terbaik. Tetapi daripada tiada pihak yang tampil kedepan membuat sesuatu lebih baik gunakan sahaja idea yang telah dilontarkan ini dan baik atau buruknya pejalanan insititusi ini bergantung kepada semua pihak diri sendiri, ibubapa, kerajaan dan  masyarakat.

Akhirkata janganlah kita terus menghukum mereka yang mengaku akan dosanya mentah-mentah. Yang salah tetap salah tetapi kehidupan harus diteruskan. Apa yang boleh kita bantu dan buat maka wajiblah kita buat. Bagi anak-anak remaja masakini, ingatlah pengorbanan ibubapamu kerana mereka telah banyak berkorban untuk dirimu. Hindarilah aktiviti yang tidak bermaruah ini dan carilah rakan atau sahabat yang mampu membimbing kearah yang baik bukan sebaliknya.