26 Mei 2012

KRITIKALKAH ANAK-ANAK KITA MASAKINI

Zaman telah berubah, banyak perkara buruk dikalangan anak2 telah berkembang hinggakan kita tak tahu sejauh mana ia kesannya. Zaman kanak-kanak sepatutnya dicorakkan dengan kehidupan yang sihat dan soleh. Ini bertepatan dengan hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud anak2 ibarat kain putih, ibubapalah yang mencorakkan mereka menjadi seorang muslim, majusi, nasrani, yahudi dan sebagainya. 

Apa yang ingin dipersoalkan disini ialah sejauh mana kita tahu dimana anak kita?. Amat mengejutkan apabila budaya kuning yang popular dikalangan remaja dan org dewasa kini diterajui oleh kanak-kanak masakini. Apa akan jadi jika perkara ini berterusan dan merebak?

Budaya kuning contohnya membuat kerosakan harta awam suatu perkara yg perlu dipandang serius oleh semua org dewasa dan ibubapa. Saya terpanggil utk bersuara dimana suatu hari saya nak menggunakan tandas kanak2 disuatu sekolah ditengah-tengah bandaraya. Amat terkejutnya bila melihat pintu tandas tersebut telah diconteng dgn pelbagai gambar kartun & ayat2 yang menusuk kalbu. Sepengetahuan saya tindaklaku sedemikian biasanya berlaku di tandas2 luas spt petrol pum dll tapi kini disekolah rendah sudah mula merebak. Terbayang difikiran bagaimanakah ianya hendak dibendung jika telah berleluasa dan menjadi kelaziman insan yg bergelar kanak2 dibangku sekolah rendah. 

Sikap masyarakat kita yg tidak ambil peduli perlu juga dikikis & ibubapa perlu bersikap terbuka demi mendidik anak2 generasi kita ke arah kehidupan yg lebih bermoral. Tidak dinafikan ibubapa kini terlalu sibuk dgn urusan  mencari nafkah utk keselesaan hidup keluarganya. Tidak kurang pula ada sesetengah ibubapa ni yang ingin tunjuk lebih pandai dan tinggi mertabatnya daripada krebiliti tugas seorang guru. Hal ini berlaku hinggakan banyak guru-guru mengadu diserang oleh ibubapa kerana mengambil tindakan yg disifatkan mendisiplinkan anak2. 

Kita semua kena berubah & berfikir luas jika inginkan anak2 kita berada dilandasan yang betul. Jika hal ini didiamkan ia akan menjadi duri dalam daging. Bertindak bijaklah dalam menjadikan anak2 kita mempunyai moral & disiplin yg sejati.....

 

16 Mac 2012

ZINA WAJIB DIJAUHI

Pergaulan bebas memang amat melular dikalangan remaja khususnya yg tinggal di kota2 besar spt Kuala Lumpur. Jikalau dilihat daripada faktor sejarah, budaya pergaulan bebas ini telah dibawa oleh barat melalui penjajahan Tanah Melayu masa dulu. Keterbukaan pemikiran seolah2 membunuh nilai kemelayuan yg sedia ada dalam keunikan & keindahan bangsa Melayu itu sendiri. 

Pergaulan bebas melahirkan pelbagai anasir2 buruk yg dipelajari hasil idea buruk yg dianggap bagus oleh golongan yg negetif. Batas kesopanan apabila dinodai akan menjemput musibah yg bakal melanda. Pergaulan bebas yg tidak boleh dikawal akan membenarkan zina sebagai satu sarapan atau sari pati kehidupan bebas. Jika kita buka pandangan kita ke arah negara barat contohnya. Banyak yg dinyatakan secara tersirat atau tersurat melalui filem menunjukkan seks adalah salah satu perkara yg mesti dan mesti akan berlaku dan itulah yg dianggapnya mencapai nikmat kehidupan.

Dalam hal ini, apa yg ingin difikirkan sejenak adalah kemana hujungnya hidup seorang penzina? hasil daripada zina tersebut sudah tentu akan membuatkan si perempuan akan mengandung secara tidak langsung ia menambah jumlah anak luar nikah yg tak berdosa lahir ke dunia. 
 
Kekurangan ilmu dan akal fikiran membuatkan mereka yg melakukan zina ini mencari jalan mudah iaitu GUGUR. Penguguran secara langsung atau tidak tetap dikira pembunuh dan ia tergolong dalam golongan dosa2 besar dan hanya Allah yg mampu menga

Media massa kini banyak ketengahkan tauladan dimana kes2 pembabitan pembuangan bayi yg tidak berdosa ini sehinggalah kes bunuh bayi sendiri dgn niat. Semua ini terjadi adalah kerana mereka terdesak dan jiwanya kosong tanpa jatidiri dan hasutan syaitan yang kuat hingga lupa akan pertimbangan akal sewajarnya. 

Firman Allah s.w.t ;

"Dan janganlah kamu menghampiri zina. Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk."
                                                                                                                     (Surah Al-Israk: ayat 32)



4 Feb 2012

AMALAN ZIKIR SEBAGAI PERISAI DIRI

Kemodenan membuatkan kita lupa akan hakikat kehidupan ini. Dalam mengejar dunia kita selalu tertinggal akan perkara penting yang akan dibawa di akhirat kelak. Sudah menjadi amalan kita orang melayu penuhkan ilmu di dada. Lagi jauh kaki melangkah lagi banyaklah ilmu yang dituntut. Amalan zikir merupakan potongan ayat-ayat suci al-quran dan doa yang dijadikan sebuatan beribu-ribu kali dan ianya memberi kesan kepada pembentukan rohaniah seseorang sehinggalah ke pembentukan jasmaniah. 

Ulamak ada mengatakan makanan untuk roh adalah amalan membaca al-quran dan zikir yang dilakukan. Lagi banyak yang dilakukan maka lebih kenyanglah roh kita. Walaupun kita tidak melihat secara kasar bagaimana roh tetapi kesihatan roh itu menyumbang kepada kelahiran jatidiri seseorang insan. 

Amalan zikir tidak memudharatkan kita selagi kita tidak berzikir dengan cara yang salah dan menyeru unsur-unsur lain selain Allah. Pendapat sesetengah orang yang memberatkan amalan zikir ini patut disangkal dan dibuang jauh-jauh kepada pemikiran umat islam kini. Kesan zikir ini amatlah besar kepada kita serta keturunan kita kelak. Kerana lagi banyak dan berterusan kita lakukan amalan ini maka kita akan mendapat kasih sayang dan cinta daripada Allah dan bila kita punyai cinta Allah dan RasulNya maka jangan kita risaukan bahang dan ujian yang menanti di dunia kerana Allah telah menjanjikan bantuanNya untuk kita kelak. 

Kenapa sesuatu zikir atau amalan itu perlu ijazah? mungkin ramai diantara kita yang timbul pertanyaan ini dalam hati dan tidak tahu bagaimana ingin mendapatkan jawapannya. Pada pendapat saya dan sepengetahuan saya amalan zikir dan lainnya tidak semestinya menerima ijazah. Tetapi ada kemungkinan ianya perlu dilihat dari sudut keberkatannya dan dalam konteks memahami kaedah berzikir atau beramal. Bila konsep ijazah ini diperkenalkan maka sudah tentu kesahihan sesuatu amalan itu akan terjamin dan tidak diragui. 

Kesan zikir yang tinggi akan membentuk perisai yang kuat. Perisai yang kuat ini digunakan dalam menghadapi pelbagai ancaman samaada secara kasar mahupun halus.  Oleh yang demikian amat rugilah bagi diantara kita yang tidak berzikir. Banyak keistimewaan yang akan diperoleh antaranya ketenanggan hati, kesabaran, keyakinan, kesegaran tubuh badan hingga menjadikan tubuh sihat dan banyak lagi.    
TOK AYAH SEBAGAI PEWARIS SELEMPANG MERAH 

Tok Ayah atau nama sebenarnya Ayahanda Paduka Khalifah Guru Datuk Dr. Haji Baharom bin Haji Kamari telah mempelajari dan mengamalkan ayat 4 Kiyai Panglima Hj Salleh sejak diusia kecilnya lagi. Beliau merupakan seorang yang rajin menuntut ilmu khususnya dalam persilatan melayu dan amalan rohaninya. Kesan daripada silat yang dipelajarinya daripada Embah Kiyai Seran menjadikan beliau kagum dengan ilmu ibu buah pukol melayu yang dipanggil Kuntau. 

Tok Ayah merupakan anak jati Batu Pahat Johor. Kampung halamannya di Parit Suharto, Parit Raja adalah tempat beliau mula mempelajari dan mengenal amalan ayat 4 Kiyai Salleh. Menurut Tok Ayah sudah menjadi amalan orang kampungnya ketika beliau kecil membaca zikir ayat 4 selepas solat di surau-surau. 

Semasa beliau telah dewasa dan menjadi Pengetua di salah sebuah sekolah menengah di kampungnya, beliau telah berkenalan dengan guru silat yang sangat hebat dan disegani iaitu Almarhum Haji Hamid Hamzah (hamid Jah). Guru Hj Hamid adalah anak angkat kepada Kiyai Panglima Hj Salleh. Menurut beliau Hj Hamid mempunyai pakaj yang lengkap dan disukai oleh Kiyai Salleh iaitu seorang guru agama dan pendekar. Hj Hamid Hamzah adalah antara orang termuda mengikut Kiyai Salleh menghapuskan Komunis di merata tempat. Hj Hamid Hamzah menurut Tok Ayah telah menerima ijazah ayat 4 daripada Kiyai Salleh secara rahsia iaitu didalam bilik Kiyai Salleh sendiri dan ditutupi kelambu agar banyak rahsia ilmu tidak terbongkar. Bersama Guru Haji Hamid Hamzah, Tok Ayah mendalami lagi ilmu ayat 4 yang telah dipelajarinya daripada banyak guru sejak kecil lagi. 

Pada tahun 2008, Tok Ayah telah diatur jodohnya bertemu dengan waris keluarga Kiyai Salleh iaitu Kiyai Haji Yusof bin Kiyai Hj Salleh di Johor. Tok Ayah ketika itu ditemani oleh Isterinya. Banyak perkara yang telah dibincangkan dan dipastikan kebenarannya sehinggalah Tok Ayah meminta Kiyai Hj Yusof memimpin kembali Gerakan Selempang Merah ini untuk menjaga Agama, Bangsa dan Tanah Melayu kini dan selamanya. Kiyai Yusof pada ketika itu terdiam dan memberi tempohmasa untuk memikirkannya dan membuat istikarah atas perlawaan tersebut. 

Selang 2-3 minggu Kiyai Yusof telah memanggil Tok Ayah dan ditemani oleh Ayah Wan (Presiden) untuk bertemu dan membincangkan hak kepimpinan Selempang Merah kini. Pada masa tersebut Kiyai Yusof sebagai waris keturunan Kiyai Salleh yang sah telah mengijazahkan Ayat 4 ini secara terus kepada Tok Ayah dan Ayah Wan. Setelah lama Kiyai Yusof berfikir beliau membuat keputusan untuk menyerahkan kepimpinan kebangkitan Selempang Merah ini kepada Tok Ayah dan Ayah Wan untuk memimpin sekali gus memberi izin untuk mengijazahkan ayat 4 kepada semua. Keputusan ini dibuat oleh Kiyai Hj Yusof berpandukan pengalaman beliau suatu ketika dahulu dan beliau telah bersetuju untuk menjadi Guru Waris dan mengesahkan jika ada pihak-pihak yang membantah atau ragu-ragu. Maka bermulalah kebangkitan Gerakan Selempang Merah dibawah Khalifah, Datuk Dr   Hj Baharom bin Hj Kamari. 

Hal ini disaksikan sendiri oleh saya semasa peristiwa perhimpunan ahli-ahli Gerakan Selempang Merah tahun 2009 lalu dimana Kiyai Hj Yusof mengeluarkan air mata melihat kebangkitan dan berkumpulnya semua ahli-ahli jemaah Selempang Merah dibawah Tok Ayah Khalifah. 

Penulisan ini bukanlah bertujuan untuk memecahbelahkan mana-mana pihak apatah lagi menghina mana-mana pihak termasuklah guru-guru yang ada tetapi sekadar membuka kebenaran yang berlaku disebalik yang tersurat. Pada saya tiada siapa yang layak memberi izin menyebarkan amalan Kiyai Salleh ini selain waris darah dagingnya sendiri terutama yang sulong. Pada Tok Ayah walau bukan gelaran yang diharapkan tapi hati beliau kuat mahu ummat melayu islam bersatu dan kuat seperti dahulu dizaman Kiyai Salleh. 


8 Dis 2011

KEJOHANAN LAGA SENI SILAT KUNTAU SELEMPANG MERAH MALAYSIA

12hb Novemberi 2011 - Sabtu, ianya bukan sahaja satu hari yang penuh berkah tapi lebih bererti kepada setiap ahli-ahli Seni Silat Kuntau Selempang Merah seluruh pelusuk tanah air. Pada hari tersebut telah berlangsungnya pertandingan Kejohanan Laga yang telah lama tidak dipertandingkan. Pada kali ini SMK Bandar Baru Batang Kali Hulu Selangor telah dipilih sebagai tuan rumah untuk menjayakan majlis tersebut.   

Pada masa yang sama, satu lagi peristiwa yang sangat bersejarah ialah dengan berlangsungnya majlis menyerahkan memorandum di antara Asia Pacific Open University dengan pihak sekolah dimana perjanjian pesepakatan ini memberikan peluang kepada para pelajar sekolah memperolehi pensijilan bertaraf sijil daripada universiti antarabangsa.

Sebanyak 4 kategori telah dipertandingkan. Pertandingan ini juga dimeriahkan lagi dengan penyertaan ahli-ahli dewasa yang berumur 18 tahun ke atas. Apa yang menariknya pertandingan kali ini menyaksikan pelbagai teknik yang dimainkan oleh peserta untuk menjadi johan.

Guru-guru seni beladiri lain juga telah bersama menyaksikan pertandingan tersebut dan ianya telah berjaya membuka minda semua pihak tentang rahsia buah pukul persilatan melayu dulu, kini dan selamanya yang perlu diketenggahkan.

Seperti yang diketahui, uniknya pertandingan ini ialah dengan memperkenalkan sistem penilaian pemarkahan yang nyatanya amat berbeza dengan pertandingan yang sedia ada. Dalam pertandingan kejohanan laga Seni Silat Kuntau Selempang Merah, peserta tidak di bekalkan dengan pakaian peralatan pelindung badan (body protector). Ianya bukan dilihat sebagai satu yang bahaya jika seseorang peserta itu dilatih secukupnya dengan teknik kedu dan rumah yang betul.

Satu lagi yang istimewanya dalam pertandingan ini ialah tiadanya peruntukan nilaian markah kepada setiap jatuhan yang dibuat tanpa serangan. Ianya dilihat jika seseorang peserta menjatuhkan lawan secara kosong tidak mencerminkan silat sebagai beladiri perang yang dimainkan suatu ketika dahulu. Dalam pertandingan ini setiap tumbukan yang tepat dinilai 1 markah dan sepakan yang telap dinilai 2 markah. Manakala jika peserta menjatuhkan lawan dengan disusuli pukulan akan dinilai 1+1 atau 2+1. 







24 Okt 2011

ROKOK OH ROKOK



Mungkin ramai diantara kita kenal dengan simbol di atas atau munkin ada antara kita buat-buat lupa akan apa yang dimaksudkannya. Pelbagai usaha telah dilakukan oleh semua pihak sama ada pihak kerajaan mahupun lainnya dalam membenteras gejala merokok di kalangan rakyat Malaysia. Persoalannya kenapa sukar setiap perokok berhenti merokok dan yang pentingnya menghormati orang lain yang tidak merokok.

Pengalaman berada ditempat yang penghuninya seorang perokok tegar amat menyakitkan hati. kadang kala terfikir juga difikiran untuk memberi tunjuk ajar kepada orang tersebut tentang apa yang dilakuka. Merokok itu tidak salah cuma gunalah akal fikiran dan timbang rasa kerana menimbulkan ketidakselesaan pada orang lain. Kita seharusnya sedar dalam dunia ini bukan kita sorang sahaja yang menghuni. Kita harus menghormati orang lain dimana mungkin orang lain itu menghadapi penyakit yang melibatkan penafasan. Sekiranya terhidu asap rokok tersebut mungkin akan memendekkan umur orang tersebut bukankah itu juga digelar pembunuh. 

Barat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Sedih teramat sedih apatah lagi melihat sang suami yang asik merokok di depan isteri yang sedang mengandung. Bukanlah media telah mempamerkan akibat daripada rokok tersebut. Sungguh kesian tapi nak buat macam mana, sekiranya kerajaan haramkan rokok juga tak tentu perokok akan mengikuti peraturan tersebut. Apa yang penting tepuk dada tanya selera. Ingatlah kita akan dihitung dengan apa yg kita perbuat. Mendatangkan kerosakan pada manusia dan alam juga akan dihitung. Berhentilah merokok sebelum rokok berhentikan hidup kita........

19 Okt 2011

17 Okt 2011

MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL & KEJOHANAN LAGA PSSKSM MALAYSIA

SEMUA AHLI DIJEMPUT HADIR BERRAMAI-RAMAI

PADA
12 NOVEMBER 2011 (SABTU)

JAM
8.30 PAGI HINGGA 12.00 TENGAHARI

DI
SMK BDR BARU BATANG KALI
HULU SELANGOR

28 Ogo 2011

DOA MENENTANG MUSUH




Maksudnya:
Wahai Tuhan yang menurunkan kitab, yang pantas perhitungannya, kalahkanlah kumpulan kafir. Ya Allah, kalahkanlah mereka dan goncangkanlah kedudukan mereka.

19 Ogo 2011

HINDAR SIFAT SOMBONG DALAM KEHIDUPAN


Sombong merupakan satu sifat yang tidak boleh diterima oleh manusia. Ianya bukan sahaja merugikan diri sendiri malah kepada ummah itu sendiri. Orang yang sombong adalah dikalangan mereka yang tidak berpengetahuan tetapi ingin menunjuk pandai dalam pelbagai hal yang diceburi.

Allah SWT telah katakan dalam surah Luqman; ayat 18 yang bermaksud: “Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia (kerana sombong) dan janganlah berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang sombong lagi membanggakan diri.”

Sifat sombong boleh diklasifikasikan salah satu sifat orang-orang munafik. Kerana kesombongan itu menjadikan dia berdusta dalam berkata-kata, Empat sifat, siapa yang bersifat dengannya bererti ia seorang munafik yang nyata, dan siapa yang mempunyai salah satu dari sifat-sifat itu bererti ia mempunyai satu sifat munafik sehingga ia meninggalkan sifat itu iaitu : Apabila bercakap ia dusta, apabila berjanji ia mungkiri, apabila ia mematerikan perjanjian ia cabuli perjanjian itu dan apabila berbalah (bertengkar) ia sentiasa ingin menang (Riwayat oleh al’Syaikhan dari Ibn ‘Amr).

Kesimpulannya, sebagai seorang hamba Allah yang beriman hendaklah kita menghindari sikap yang tercela ini dan sentiasa menguatkan ukhwah antara kita agar ummah akan terus berkembang dan berjaya. Sikap sombong mengundang banyak masalah dan kerugian bukan diri sendiri sahaja tetapi kepada orang sekitar kita. Ingatlah hidup kita ini memerlukan saudara, jika kita seorang yang sombong, tidak aka ada pertolongan jika kita dalam kesusahan kelak malah akan dicela dan dihina masyarakat. Imam as-Syafie Rahimahullah berkata : "berfikir sebelum bercakap tentang sesuatu perkara, jika tiada kesan buruk, bercakaplah. Sekiranya terdapat kesan buruk atau keraguan padanya jangan kamu bercakap".

Catitan : A.D.S.S

16 Ogo 2011

PUASA MELATIH DISIPLIN DIRI

Bulan Ramadhan adalah bulan yang dijadikan Allah buat umat manusia. Dalam bulan ini sesiapa yang beramal soleh dengan penuh dedikasi akan dibalas dengan 700 kali ganda pahala. Menurut riwayat Abu Hurairah; Nabi SAW telah bersabda yang bermaksud; Di dalam bulan Ramadhan telah ditutup pintu-pintu neraka dan dibuka seluas-luasnya pintu syurga dan diikat syaitan yang mengganggu manusia. Ini membuktikan bahawa Allah amat menyayangi hambanya yang menjadikan bulan Ramadhan ini suatu pemberian yang sangat bererti daripada Pencipta. 

Ramadhan hendaklah dilihat dalam pelbagai sudut kerana dengan mata hati yang bersih dan tajam akan melahirkan dalaman diri yang baik serta memupuk nilai-nilai kemanusiaan yang tinggi. Dalam menjalani ibadah puasa dah tentu akan didengari pelbagai halangan atau dugaan yang dilalui. Tetapi semua itu berbaloi jika akhirnya nanti diberi ganjaran pahala oleh Allah. Puasa bukan sahaja menahan lapar dan dahaga tetapi ianya lebih bermakna jika kita memupuk diri menahan gelodak hawa nafsu yang inginkan kepuasan. Nilai kesabaran yang dipupuk melalui ibadah puasa amat berkesan dalam melunturkan jiwa yang selama 11 bulan diturutinya. 

Disiplin merupakan satu yang sangat bersifat subjektif untuk dilenturkan. Kerana ianya bergantungan banyak faktor persekitaran sama ada dalam dan luar diri seseorang. Kepatuhan dalam melaksanakan ibadah puasa dengan baik akan membentuk disiplin diri yang ampuh sekiranya seseorang itu memanafaat setiap hari dalam bulan puasa bukan sekadar menahan lapar dan dahaga. 

Alam Melayu Islam kita telah dididik dengan amalan ibadah puasa. Hingga jika ada yang tidak boleh berpuasa merasakan sangat kerugian. Ini adalah didikan yang sempurna dan berjalan dari zaman berzaman. Persoalannya ialah kenapa kini sukar segelintir umat melayu islam untuk melaksanakannya. Adakah kerana kemodenan menolak ibadah atau kejelekkan kita dalam hal-hal yang berkaitan keagamaan?. Tepuk dada tanyalah selera, dah tentu akan ada jawapannya. 

Walau apapun alasan kita bulan ramadhan tidak akan menunggu kita. Ia pasti datang dan akan pergi meninggalkan kita walaupun entah ramadhan akan datang kita berjumpa ataupun tidak. Kembalilah kepada hakikat kita sebagai manusia yang telah diciptakan. Tiap sesuatu penciptaan itu ada kelebihannya dan hanya Allah sahaja yang mengetahuinya. Oleh yang demikian marilah berpuasa agar ianya membentuk jiwa yang lebih baik dari semalam dan semoga amalan ibadah kita tahun ini diterima Allah SWT. 

Penulis: Ayahanda Dr. Shahrudi bin Sani 

13 Jul 2011

KURSUS KEJURULATIHAN GSM PUSAT

KURSUS KEJURULATIHAN
ANJURAN
MAJLIS GURU
PERGURUAN SENI SILAT KUNTAU
SELEMPANG MERAH
MALAYSIA


17 JULAI 2011
2.00 PETANG
DI SK SG SEKAMAT, KAJANG
(DEPAN RUMAH TOK AYAH)


BAYARAN RM20.00 SEORANG
TARIKH TUTUP PENYERTAAN 15 JULAI 2011


CEPAT SEBELUM TERLAMBAT


DIBAWAH TUNJUK AJAR
MAHAGURU DATUK DR HJ BAHAROM BIN HJ KAMARI
GURU HAJI WAN MOHD TAHIR BIN HJ WAN IBRAHIM
GURU DR. SHAHRUDI BIN SANI
GURU MOHD FADZIL BIN HJ MOHD YUSOF


019-3968972
017-3581187


UNTUK AHLI SAHAJA!!!






12 Jun 2011

SESI LATIHAN UNTUK DEWASA

SESIAPA YANG BERMINAT UNTUK MEMPELAJARI SENI SILAT INI
SILA HUBUNGI @ KUNJUNGI SEGERA GELANGGANG
YANG BERDEKATAN

MAKLUMAT GELANGGANG KL

SETIAP SABTU

JAM 9.00 MLM - 11.00 MLM

BERTEMPAT DI DEWAN
SMK KIARAMAS JLN DUTAMAS
KUALA LUMPUR
(BERDEKATAN MATRAD & MASJID WILAYAH)

KETERANGAN LANJUT;

DR SHAHRUDI BIN SANI (KETUA JURULATIH KL) 019-3968972
CIKGU MUZRU (JURULATIH KANAN KL) 019-2976264
CIKGU IZZAT (JURULATIH MUDA KL/MELAKA) 017-6659434
CIKGU AIZAT (JURULATIH MUDA KL/IPB) 017-3471564
CIKGU MUAZ (JURULATIH MUDA KL/KPM) 017-2504441
CIKGU FAIZUL (JURULATIH MUDA KL/SUBANG) 017-3387848
CIKGU WAN (JURULATIH MUDA KL/ INTAN) 012-3343956
CIKGU IRFAN (JURULATIH MUDA KL/ IKBN) 019-2020185



KEUNIKAN BUAH PUKUL SENI SILAT KUNTAU SELEMPANG MERAH

Seni Silat Kuntau Selempang Merah merupakan seni silat yang mengetengahkan seni buah pukul silat melayu yang amat popular di selatan tanah air. Keunikan seni silat ini dilihat daripada seni pukulnya yang masih asli dan tidak bercampur dengan unsur seni bunga tari.

Menurut Datuk Dr. Haji Baharom (Tok Ayah) teknik buah pukul Seni Silat Kuntau Selempang Merah ini boleh diklasifikasikan sebagai 7 jenis asasnya. Ianya adalah teknik yang dimainkan atau dicipta khas untuk menewaskan musuh semata-mata. 

Konsep RUMAH merupakan salah satu konsep yg utama bagi seseorang yg ingin menguasai ilmu ini. RUMAH yg baik akan menjadikan pesilat mudah mengawal permainan musuh. Terdapat beberapa titik sasaran yg menjadi fokus utama dlm serangan ianya termasuklah dibahagian kelapa, badan dan kaki. 

Disini Cikgu ingin berkongsi satu pengalaman dimana baru-baru ini dalam latihan kendalian Cikgu sendiri telah berlaku satu peristiwa yg tidak diduga-duga. Ya...memang betul kata Tok Ayah, seorang yg dah lama mempelajari seni silat ini akan menjadikan dia raja dalam serangan yg dibuat yakni setiap serangan yg dibuat atau dirancang akan mengena sasaran yg amat dahsyat. Tidak kiralah musuh itu bergerak ataupun kaku. 
Gurindam yang selalu diajarkan Tok Ayah dalam mendalami ilmu silat ini amatlah keramat dan berharga bagi mereka yg ingin mencari ilmu sebenar. Berbalik peristiwa yg Cikgu nak katakan tadi ialah didepan mata cikgu apabila dua org murid Cikgu sparing telah membuat teknik buah pukul yg diajarkan oleh Tok Ayah tadi sehingga lawannya jatuh ke lantai dan hilang ingatan sementara. Cikgu bersyukur kehadrat Ilahi nasib baiklah tidak cedera yg teruk. 

Idea Tok Ayah pada tahun 1980 memperkenalkan glove dalam sparring amatlah benar...benar....benar tepat dan perlu dilihat sejauh-jauhnya. Bahayanya buah pukul Kuntau Selempang Merah ini tidak mengenal siapa. Dalam kes di atas kata doktor yang merawat nasib baik ada glove kesakitan itu agak kurang tapi cuba bayangkan jika tidak ada glove. Ramailah yg OKU kelak. 

Disini Cikgu ingin mengucapkan jutaan dan ribuan terima kasih kepada Paduka Khalifah & Guru Utama, Datuk Dr Hj Baharom bin Hj Kamari (Tok Ayah) yg telah sudi mengajarkan Cikgu ilmu silat ini 20 tahun dulu. Buat pelajar-pelajar Cikgu marilah kita doakan agar saudara kita sihat kembali  dan  terus menjuangkan ilmu silat Kuntau Selempang Merah ini.......

Bagi sesiapa yg nak tahu lebih lanjut......jom sertai dan rasailah sendiri..........

7 Jun 2011

KONVENSION & KENVOKESYEN BELADIRI MAGMA 2011

29 Mei 2011 (Ahad) telah berlangsungnya satu majlis yang amat bersejarah dalam dunia Seni Beladiri Malaysia. Majlis Konvokesyen dan Konvension yang menganugerahkan Phd, Master, Ijazah dan Diploma kepada graduan Akademi Beladiri Magma 2011.

Tahniah diucapkan kepada Khalifah Guru Utama PSSKSM, Datuk Dr. Hj Baharom bin Hj Kamari dan Dr. Shahrudi bin Sani diatas penganugerahan Phd pada hari tersebut.

Tahniah juga kepada Persatuan Guru-guru Beladiri Malaysia (Magma) yang telah berjaya menjadikan impian setiap pengiat seni bela diri menjadi kenyataan.

Semoga dengan usaha sebegini akan menjadikan dunia silat lebih maju dan disanjungi oleh setiap lapisan masyarakat.



 En Rizal ditugaskan membawa keris adat masuk ke dewan konvo 
 Bersama Datuk Hj Ahmad bin Maslan (Timb. Menteri JPM Malaysia)











5 Apr 2011

HINDAR DARI PERBUATAN SYIRIK

Syirik adalah perbuatan menyekutukan Allah dalam apa juga bentuk sama ada perkataan, pegangan, perbuatan dan iktiqad iaitu dengan menjadikan suatu yang lain iaitu makhluk bernyawa atau tidak sekutu bagi Allah. Firman Allah yang bermaksud: “Bahawasanya, sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain, maka sesungguhnya Allah haramkan kepadanya syurga dan tempat kembalinya ialah ke neraka.” – (Surah al-Ma’idah, ayat 72). Firman-Nya lagi yang bermaksud: “Bahawa sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa seseorang yang syirik kepadanya dan Allah akan mengampunkan kepada sesiapa yang Dia kehendaki iaitu selain dari dosa syirik. Barang siapa yang mempersekutukan Allah, maka sungguh ia telah berbuat dosa yang besar.” – (Surah an-Nisa’, ayat 48)
Syirik tidak terhenti setakat itu saja, malah ditegaskan lagi melalui sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Tidakkah pernah aku nyatakan kepada kamu mengenai dosa yang paling besar? Baginda mengulanginya sebanyak tiga kali. Sahabat menjawab: Sudah tentu wahai Rasulullah. Sabda baginda: Syirik kepada Allah dan menderhaka kepada kedua ibu bapa. Ketika itu Baginda bersandar dan kemudian baginda duduk. Sabda Baginda lagi: Perkataan yang palsu dan penyaksian yang palsu.”

Syirik dibahagikan kepada dua iaitu syirik khafi (tersembunyi) dan syirik jali (terang dan nyata).Syirik jali ialah syirik yang terang, nyata dan besar yang boleh menyebabkan seseorang itu dianggap jatuh ke tahap kufur spt menerusi i’tiqad seperti meragui atau menafikan kewujudan Allah, menerusi perbuatan atau amalan tertentu seperti menyembah patung, berhala, batu, pokok, matahari, bulan bintang atau objek tertentu, menerusi lidah atau perkataan seperti menghalalkan perkara haram dan mengaku keluar daripada agama Islam. Syirik khafi ialah syirik yang kecil dan tersembunyi yang menyebabkan hilang atau luputnya pahala seseorang. Syirik ini berkaitan dengan perbuatan riak di dalam beramal atau melakukan sesuatu perkara.

















29 Mac 2011

PROGRAM DIPLOMA, IJAZAH, MASTER & PHD DLM SILAT

Alhamdulillah.....syukur kehadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya dunia persilatan kini akan berubah dan terus berubah. Satu persatu penambahbaikan telah berlaku dan akan lebih berlaku dengan petunjuk dan bimbingan permuafakatan dari guru-guru beladiri khususnya silat.

Baru-baru ini telah berlaku perjanjian persefahaman diantara MAGMA dan OUICM yang membuka ruang kepada pesilat untuk memiliki pengiktirafan yang berbentuk akedemik dan tersusun. Yang menariknya pengiktirafan ini tidak menolak pengiktirafan yang sedia ada yang diberikan oleh sesebuah perguruan itu sendiri malah ia sebagai pengukuhan dan jaminan masa depan dalam dunia persilatan masa kini.

Bayaran yang dikenakan untuk setiap program ini amat berpatutan dan menarik. Tak salah jika ada 2-3 ijazah tambahan lagi ianya jarang sekali berlaku. Maklumat yg cikgu perolehi program ini adalah program yang baru pertama kali diperkenalkan di negara kita dan diikuti oleh negara jiran yg terdekat.

Program ini turut disertai oleh Tok Ayah sendiri membuat program PHD dan beliau juga selaku presiden MAGMA (Pertubuhan Mahaguru-mahaguru Beladiri Malaysia). Oleh itu jgn lepaskan peluang utk tambah ilmu yang ada. Kekurangan yg ada kita bantu tapi bab duit carilah sendiri........

13 Dis 2010

MAJLIS PERHIMPUNAN PERDANA GERAKAN SELEMPANG MERAH MALAYSIA

TEMPAT;
SEKOLAH KEBANGSAAN PRESINT 16(2), PUTRAJAYA

MASA;
8.00 PAGI HINGGA 2.00 PETANG

TARIKH;
19 DISEMBER 2010 (AHAD)

VIP;
YB DATUK HJ AHMAD BIN HJ MASLAN
(TIMBALAN MENTERI, JPM)

Y.BHG DATUK HJ BAHAROM BIN HJ KAMARI (TOK AYAH)
(PADUKA AYAHANDA KHALIFAH UTAMA, GSM)

Y.BHG TUAN HJ. MOHD YUSOF BIN KIYAI PANGLIMA HJ SALLEH
(PADUKA UTAMA AYAHANDA GURU WARIS)

SEMUA AHLI-AHLI BARU DAN LAMA, KERABAT DLL GSM
DIJEMPUT HADIR

PAKAIAN RASMI;
BAJU MERAH BERKOLAR & SELUAR GELAP (SLAKE)