8 Dis 2011

KEJOHANAN LAGA SENI SILAT KUNTAU SELEMPANG MERAH MALAYSIA

12hb Novemberi 2011 - Sabtu, ianya bukan sahaja satu hari yang penuh berkah tapi lebih bererti kepada setiap ahli-ahli Seni Silat Kuntau Selempang Merah seluruh pelusuk tanah air. Pada hari tersebut telah berlangsungnya pertandingan Kejohanan Laga yang telah lama tidak dipertandingkan. Pada kali ini SMK Bandar Baru Batang Kali Hulu Selangor telah dipilih sebagai tuan rumah untuk menjayakan majlis tersebut.   

Pada masa yang sama, satu lagi peristiwa yang sangat bersejarah ialah dengan berlangsungnya majlis menyerahkan memorandum di antara Asia Pacific Open University dengan pihak sekolah dimana perjanjian pesepakatan ini memberikan peluang kepada para pelajar sekolah memperolehi pensijilan bertaraf sijil daripada universiti antarabangsa.

Sebanyak 4 kategori telah dipertandingkan. Pertandingan ini juga dimeriahkan lagi dengan penyertaan ahli-ahli dewasa yang berumur 18 tahun ke atas. Apa yang menariknya pertandingan kali ini menyaksikan pelbagai teknik yang dimainkan oleh peserta untuk menjadi johan.

Guru-guru seni beladiri lain juga telah bersama menyaksikan pertandingan tersebut dan ianya telah berjaya membuka minda semua pihak tentang rahsia buah pukul persilatan melayu dulu, kini dan selamanya yang perlu diketenggahkan.

Seperti yang diketahui, uniknya pertandingan ini ialah dengan memperkenalkan sistem penilaian pemarkahan yang nyatanya amat berbeza dengan pertandingan yang sedia ada. Dalam pertandingan kejohanan laga Seni Silat Kuntau Selempang Merah, peserta tidak di bekalkan dengan pakaian peralatan pelindung badan (body protector). Ianya bukan dilihat sebagai satu yang bahaya jika seseorang peserta itu dilatih secukupnya dengan teknik kedu dan rumah yang betul.

Satu lagi yang istimewanya dalam pertandingan ini ialah tiadanya peruntukan nilaian markah kepada setiap jatuhan yang dibuat tanpa serangan. Ianya dilihat jika seseorang peserta menjatuhkan lawan secara kosong tidak mencerminkan silat sebagai beladiri perang yang dimainkan suatu ketika dahulu. Dalam pertandingan ini setiap tumbukan yang tepat dinilai 1 markah dan sepakan yang telap dinilai 2 markah. Manakala jika peserta menjatuhkan lawan dengan disusuli pukulan akan dinilai 1+1 atau 2+1. 







24 Okt 2011

ROKOK OH ROKOK



Mungkin ramai diantara kita kenal dengan simbol di atas atau munkin ada antara kita buat-buat lupa akan apa yang dimaksudkannya. Pelbagai usaha telah dilakukan oleh semua pihak sama ada pihak kerajaan mahupun lainnya dalam membenteras gejala merokok di kalangan rakyat Malaysia. Persoalannya kenapa sukar setiap perokok berhenti merokok dan yang pentingnya menghormati orang lain yang tidak merokok.

Pengalaman berada ditempat yang penghuninya seorang perokok tegar amat menyakitkan hati. kadang kala terfikir juga difikiran untuk memberi tunjuk ajar kepada orang tersebut tentang apa yang dilakuka. Merokok itu tidak salah cuma gunalah akal fikiran dan timbang rasa kerana menimbulkan ketidakselesaan pada orang lain. Kita seharusnya sedar dalam dunia ini bukan kita sorang sahaja yang menghuni. Kita harus menghormati orang lain dimana mungkin orang lain itu menghadapi penyakit yang melibatkan penafasan. Sekiranya terhidu asap rokok tersebut mungkin akan memendekkan umur orang tersebut bukankah itu juga digelar pembunuh. 

Barat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Sedih teramat sedih apatah lagi melihat sang suami yang asik merokok di depan isteri yang sedang mengandung. Bukanlah media telah mempamerkan akibat daripada rokok tersebut. Sungguh kesian tapi nak buat macam mana, sekiranya kerajaan haramkan rokok juga tak tentu perokok akan mengikuti peraturan tersebut. Apa yang penting tepuk dada tanya selera. Ingatlah kita akan dihitung dengan apa yg kita perbuat. Mendatangkan kerosakan pada manusia dan alam juga akan dihitung. Berhentilah merokok sebelum rokok berhentikan hidup kita........

19 Okt 2011

17 Okt 2011

MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL & KEJOHANAN LAGA PSSKSM MALAYSIA

SEMUA AHLI DIJEMPUT HADIR BERRAMAI-RAMAI

PADA
12 NOVEMBER 2011 (SABTU)

JAM
8.30 PAGI HINGGA 12.00 TENGAHARI

DI
SMK BDR BARU BATANG KALI
HULU SELANGOR

28 Ogo 2011

DOA MENENTANG MUSUH




Maksudnya:
Wahai Tuhan yang menurunkan kitab, yang pantas perhitungannya, kalahkanlah kumpulan kafir. Ya Allah, kalahkanlah mereka dan goncangkanlah kedudukan mereka.

19 Ogo 2011

HINDAR SIFAT SOMBONG DALAM KEHIDUPAN


Sombong merupakan satu sifat yang tidak boleh diterima oleh manusia. Ianya bukan sahaja merugikan diri sendiri malah kepada ummah itu sendiri. Orang yang sombong adalah dikalangan mereka yang tidak berpengetahuan tetapi ingin menunjuk pandai dalam pelbagai hal yang diceburi.

Allah SWT telah katakan dalam surah Luqman; ayat 18 yang bermaksud: “Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia (kerana sombong) dan janganlah berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang sombong lagi membanggakan diri.”

Sifat sombong boleh diklasifikasikan salah satu sifat orang-orang munafik. Kerana kesombongan itu menjadikan dia berdusta dalam berkata-kata, Empat sifat, siapa yang bersifat dengannya bererti ia seorang munafik yang nyata, dan siapa yang mempunyai salah satu dari sifat-sifat itu bererti ia mempunyai satu sifat munafik sehingga ia meninggalkan sifat itu iaitu : Apabila bercakap ia dusta, apabila berjanji ia mungkiri, apabila ia mematerikan perjanjian ia cabuli perjanjian itu dan apabila berbalah (bertengkar) ia sentiasa ingin menang (Riwayat oleh al’Syaikhan dari Ibn ‘Amr).

Kesimpulannya, sebagai seorang hamba Allah yang beriman hendaklah kita menghindari sikap yang tercela ini dan sentiasa menguatkan ukhwah antara kita agar ummah akan terus berkembang dan berjaya. Sikap sombong mengundang banyak masalah dan kerugian bukan diri sendiri sahaja tetapi kepada orang sekitar kita. Ingatlah hidup kita ini memerlukan saudara, jika kita seorang yang sombong, tidak aka ada pertolongan jika kita dalam kesusahan kelak malah akan dicela dan dihina masyarakat. Imam as-Syafie Rahimahullah berkata : "berfikir sebelum bercakap tentang sesuatu perkara, jika tiada kesan buruk, bercakaplah. Sekiranya terdapat kesan buruk atau keraguan padanya jangan kamu bercakap".

Catitan : A.D.S.S

16 Ogo 2011

PUASA MELATIH DISIPLIN DIRI

Bulan Ramadhan adalah bulan yang dijadikan Allah buat umat manusia. Dalam bulan ini sesiapa yang beramal soleh dengan penuh dedikasi akan dibalas dengan 700 kali ganda pahala. Menurut riwayat Abu Hurairah; Nabi SAW telah bersabda yang bermaksud; Di dalam bulan Ramadhan telah ditutup pintu-pintu neraka dan dibuka seluas-luasnya pintu syurga dan diikat syaitan yang mengganggu manusia. Ini membuktikan bahawa Allah amat menyayangi hambanya yang menjadikan bulan Ramadhan ini suatu pemberian yang sangat bererti daripada Pencipta. 

Ramadhan hendaklah dilihat dalam pelbagai sudut kerana dengan mata hati yang bersih dan tajam akan melahirkan dalaman diri yang baik serta memupuk nilai-nilai kemanusiaan yang tinggi. Dalam menjalani ibadah puasa dah tentu akan didengari pelbagai halangan atau dugaan yang dilalui. Tetapi semua itu berbaloi jika akhirnya nanti diberi ganjaran pahala oleh Allah. Puasa bukan sahaja menahan lapar dan dahaga tetapi ianya lebih bermakna jika kita memupuk diri menahan gelodak hawa nafsu yang inginkan kepuasan. Nilai kesabaran yang dipupuk melalui ibadah puasa amat berkesan dalam melunturkan jiwa yang selama 11 bulan diturutinya. 

Disiplin merupakan satu yang sangat bersifat subjektif untuk dilenturkan. Kerana ianya bergantungan banyak faktor persekitaran sama ada dalam dan luar diri seseorang. Kepatuhan dalam melaksanakan ibadah puasa dengan baik akan membentuk disiplin diri yang ampuh sekiranya seseorang itu memanafaat setiap hari dalam bulan puasa bukan sekadar menahan lapar dan dahaga. 

Alam Melayu Islam kita telah dididik dengan amalan ibadah puasa. Hingga jika ada yang tidak boleh berpuasa merasakan sangat kerugian. Ini adalah didikan yang sempurna dan berjalan dari zaman berzaman. Persoalannya ialah kenapa kini sukar segelintir umat melayu islam untuk melaksanakannya. Adakah kerana kemodenan menolak ibadah atau kejelekkan kita dalam hal-hal yang berkaitan keagamaan?. Tepuk dada tanyalah selera, dah tentu akan ada jawapannya. 

Walau apapun alasan kita bulan ramadhan tidak akan menunggu kita. Ia pasti datang dan akan pergi meninggalkan kita walaupun entah ramadhan akan datang kita berjumpa ataupun tidak. Kembalilah kepada hakikat kita sebagai manusia yang telah diciptakan. Tiap sesuatu penciptaan itu ada kelebihannya dan hanya Allah sahaja yang mengetahuinya. Oleh yang demikian marilah berpuasa agar ianya membentuk jiwa yang lebih baik dari semalam dan semoga amalan ibadah kita tahun ini diterima Allah SWT. 

Penulis: Ayahanda Dr. Shahrudi bin Sani 

13 Jul 2011

KURSUS KEJURULATIHAN GSM PUSAT

KURSUS KEJURULATIHAN
ANJURAN
MAJLIS GURU
PERGURUAN SENI SILAT KUNTAU
SELEMPANG MERAH
MALAYSIA


17 JULAI 2011
2.00 PETANG
DI SK SG SEKAMAT, KAJANG
(DEPAN RUMAH TOK AYAH)


BAYARAN RM20.00 SEORANG
TARIKH TUTUP PENYERTAAN 15 JULAI 2011


CEPAT SEBELUM TERLAMBAT


DIBAWAH TUNJUK AJAR
MAHAGURU DATUK DR HJ BAHAROM BIN HJ KAMARI
GURU HAJI WAN MOHD TAHIR BIN HJ WAN IBRAHIM
GURU DR. SHAHRUDI BIN SANI
GURU MOHD FADZIL BIN HJ MOHD YUSOF


019-3968972
017-3581187


UNTUK AHLI SAHAJA!!!






12 Jun 2011

SESI LATIHAN UNTUK DEWASA

SESIAPA YANG BERMINAT UNTUK MEMPELAJARI SENI SILAT INI
SILA HUBUNGI @ KUNJUNGI SEGERA GELANGGANG
YANG BERDEKATAN

MAKLUMAT GELANGGANG KL

SETIAP SABTU

JAM 9.00 MLM - 11.00 MLM

BERTEMPAT DI DEWAN
SMK KIARAMAS JLN DUTAMAS
KUALA LUMPUR
(BERDEKATAN MATRAD & MASJID WILAYAH)

KETERANGAN LANJUT;

DR SHAHRUDI BIN SANI (KETUA JURULATIH KL) 019-3968972
CIKGU MUZRU (JURULATIH KANAN KL) 019-2976264
CIKGU IZZAT (JURULATIH MUDA KL/MELAKA) 017-6659434
CIKGU AIZAT (JURULATIH MUDA KL/IPB) 017-3471564
CIKGU MUAZ (JURULATIH MUDA KL/KPM) 017-2504441
CIKGU FAIZUL (JURULATIH MUDA KL/SUBANG) 017-3387848
CIKGU WAN (JURULATIH MUDA KL/ INTAN) 012-3343956
CIKGU IRFAN (JURULATIH MUDA KL/ IKBN) 019-2020185



KEUNIKAN BUAH PUKUL SENI SILAT KUNTAU SELEMPANG MERAH

Seni Silat Kuntau Selempang Merah merupakan seni silat yang mengetengahkan seni buah pukul silat melayu yang amat popular di selatan tanah air. Keunikan seni silat ini dilihat daripada seni pukulnya yang masih asli dan tidak bercampur dengan unsur seni bunga tari.

Menurut Datuk Dr. Haji Baharom (Tok Ayah) teknik buah pukul Seni Silat Kuntau Selempang Merah ini boleh diklasifikasikan sebagai 7 jenis asasnya. Ianya adalah teknik yang dimainkan atau dicipta khas untuk menewaskan musuh semata-mata. 

Konsep RUMAH merupakan salah satu konsep yg utama bagi seseorang yg ingin menguasai ilmu ini. RUMAH yg baik akan menjadikan pesilat mudah mengawal permainan musuh. Terdapat beberapa titik sasaran yg menjadi fokus utama dlm serangan ianya termasuklah dibahagian kelapa, badan dan kaki. 

Disini Cikgu ingin berkongsi satu pengalaman dimana baru-baru ini dalam latihan kendalian Cikgu sendiri telah berlaku satu peristiwa yg tidak diduga-duga. Ya...memang betul kata Tok Ayah, seorang yg dah lama mempelajari seni silat ini akan menjadikan dia raja dalam serangan yg dibuat yakni setiap serangan yg dibuat atau dirancang akan mengena sasaran yg amat dahsyat. Tidak kiralah musuh itu bergerak ataupun kaku. 
Gurindam yang selalu diajarkan Tok Ayah dalam mendalami ilmu silat ini amatlah keramat dan berharga bagi mereka yg ingin mencari ilmu sebenar. Berbalik peristiwa yg Cikgu nak katakan tadi ialah didepan mata cikgu apabila dua org murid Cikgu sparing telah membuat teknik buah pukul yg diajarkan oleh Tok Ayah tadi sehingga lawannya jatuh ke lantai dan hilang ingatan sementara. Cikgu bersyukur kehadrat Ilahi nasib baiklah tidak cedera yg teruk. 

Idea Tok Ayah pada tahun 1980 memperkenalkan glove dalam sparring amatlah benar...benar....benar tepat dan perlu dilihat sejauh-jauhnya. Bahayanya buah pukul Kuntau Selempang Merah ini tidak mengenal siapa. Dalam kes di atas kata doktor yang merawat nasib baik ada glove kesakitan itu agak kurang tapi cuba bayangkan jika tidak ada glove. Ramailah yg OKU kelak. 

Disini Cikgu ingin mengucapkan jutaan dan ribuan terima kasih kepada Paduka Khalifah & Guru Utama, Datuk Dr Hj Baharom bin Hj Kamari (Tok Ayah) yg telah sudi mengajarkan Cikgu ilmu silat ini 20 tahun dulu. Buat pelajar-pelajar Cikgu marilah kita doakan agar saudara kita sihat kembali  dan  terus menjuangkan ilmu silat Kuntau Selempang Merah ini.......

Bagi sesiapa yg nak tahu lebih lanjut......jom sertai dan rasailah sendiri..........

7 Jun 2011

KONVENSION & KENVOKESYEN BELADIRI MAGMA 2011

29 Mei 2011 (Ahad) telah berlangsungnya satu majlis yang amat bersejarah dalam dunia Seni Beladiri Malaysia. Majlis Konvokesyen dan Konvension yang menganugerahkan Phd, Master, Ijazah dan Diploma kepada graduan Akademi Beladiri Magma 2011.

Tahniah diucapkan kepada Khalifah Guru Utama PSSKSM, Datuk Dr. Hj Baharom bin Hj Kamari dan Dr. Shahrudi bin Sani diatas penganugerahan Phd pada hari tersebut.

Tahniah juga kepada Persatuan Guru-guru Beladiri Malaysia (Magma) yang telah berjaya menjadikan impian setiap pengiat seni bela diri menjadi kenyataan.

Semoga dengan usaha sebegini akan menjadikan dunia silat lebih maju dan disanjungi oleh setiap lapisan masyarakat.



 En Rizal ditugaskan membawa keris adat masuk ke dewan konvo 
 Bersama Datuk Hj Ahmad bin Maslan (Timb. Menteri JPM Malaysia)











5 Apr 2011

HINDAR DARI PERBUATAN SYIRIK

Syirik adalah perbuatan menyekutukan Allah dalam apa juga bentuk sama ada perkataan, pegangan, perbuatan dan iktiqad iaitu dengan menjadikan suatu yang lain iaitu makhluk bernyawa atau tidak sekutu bagi Allah. Firman Allah yang bermaksud: “Bahawasanya, sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain, maka sesungguhnya Allah haramkan kepadanya syurga dan tempat kembalinya ialah ke neraka.” – (Surah al-Ma’idah, ayat 72). Firman-Nya lagi yang bermaksud: “Bahawa sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa seseorang yang syirik kepadanya dan Allah akan mengampunkan kepada sesiapa yang Dia kehendaki iaitu selain dari dosa syirik. Barang siapa yang mempersekutukan Allah, maka sungguh ia telah berbuat dosa yang besar.” – (Surah an-Nisa’, ayat 48)
Syirik tidak terhenti setakat itu saja, malah ditegaskan lagi melalui sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Tidakkah pernah aku nyatakan kepada kamu mengenai dosa yang paling besar? Baginda mengulanginya sebanyak tiga kali. Sahabat menjawab: Sudah tentu wahai Rasulullah. Sabda baginda: Syirik kepada Allah dan menderhaka kepada kedua ibu bapa. Ketika itu Baginda bersandar dan kemudian baginda duduk. Sabda Baginda lagi: Perkataan yang palsu dan penyaksian yang palsu.”

Syirik dibahagikan kepada dua iaitu syirik khafi (tersembunyi) dan syirik jali (terang dan nyata).Syirik jali ialah syirik yang terang, nyata dan besar yang boleh menyebabkan seseorang itu dianggap jatuh ke tahap kufur spt menerusi i’tiqad seperti meragui atau menafikan kewujudan Allah, menerusi perbuatan atau amalan tertentu seperti menyembah patung, berhala, batu, pokok, matahari, bulan bintang atau objek tertentu, menerusi lidah atau perkataan seperti menghalalkan perkara haram dan mengaku keluar daripada agama Islam. Syirik khafi ialah syirik yang kecil dan tersembunyi yang menyebabkan hilang atau luputnya pahala seseorang. Syirik ini berkaitan dengan perbuatan riak di dalam beramal atau melakukan sesuatu perkara.

















29 Mac 2011

PROGRAM DIPLOMA, IJAZAH, MASTER & PHD DLM SILAT

Alhamdulillah.....syukur kehadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya dunia persilatan kini akan berubah dan terus berubah. Satu persatu penambahbaikan telah berlaku dan akan lebih berlaku dengan petunjuk dan bimbingan permuafakatan dari guru-guru beladiri khususnya silat.

Baru-baru ini telah berlaku perjanjian persefahaman diantara MAGMA dan OUICM yang membuka ruang kepada pesilat untuk memiliki pengiktirafan yang berbentuk akedemik dan tersusun. Yang menariknya pengiktirafan ini tidak menolak pengiktirafan yang sedia ada yang diberikan oleh sesebuah perguruan itu sendiri malah ia sebagai pengukuhan dan jaminan masa depan dalam dunia persilatan masa kini.

Bayaran yang dikenakan untuk setiap program ini amat berpatutan dan menarik. Tak salah jika ada 2-3 ijazah tambahan lagi ianya jarang sekali berlaku. Maklumat yg cikgu perolehi program ini adalah program yang baru pertama kali diperkenalkan di negara kita dan diikuti oleh negara jiran yg terdekat.

Program ini turut disertai oleh Tok Ayah sendiri membuat program PHD dan beliau juga selaku presiden MAGMA (Pertubuhan Mahaguru-mahaguru Beladiri Malaysia). Oleh itu jgn lepaskan peluang utk tambah ilmu yang ada. Kekurangan yg ada kita bantu tapi bab duit carilah sendiri........

13 Dis 2010

MAJLIS PERHIMPUNAN PERDANA GERAKAN SELEMPANG MERAH MALAYSIA

TEMPAT;
SEKOLAH KEBANGSAAN PRESINT 16(2), PUTRAJAYA

MASA;
8.00 PAGI HINGGA 2.00 PETANG

TARIKH;
19 DISEMBER 2010 (AHAD)

VIP;
YB DATUK HJ AHMAD BIN HJ MASLAN
(TIMBALAN MENTERI, JPM)

Y.BHG DATUK HJ BAHAROM BIN HJ KAMARI (TOK AYAH)
(PADUKA AYAHANDA KHALIFAH UTAMA, GSM)

Y.BHG TUAN HJ. MOHD YUSOF BIN KIYAI PANGLIMA HJ SALLEH
(PADUKA UTAMA AYAHANDA GURU WARIS)

SEMUA AHLI-AHLI BARU DAN LAMA, KERABAT DLL GSM
DIJEMPUT HADIR

PAKAIAN RASMI;
BAJU MERAH BERKOLAR & SELUAR GELAP (SLAKE)


22 Sep 2010

PULIHKAN KEMBALI HARGA DIRI

Tiap yang hidup pasti akan merasai mati. Itulah ketapan yang ditentukan oleh Maha Esa buat kita hambaNya. Dunia ini adalah titian kita untuk menuju alam yang hakiki. Jika beriman kita di dunia maka akhirat kelak bahagialah hendaknya. Tetapi jika sebaliknya tunggulah siksaan Allah yang amat pedih lagi menyakitkan.

Hidup di dunia ini melalui pelbagai ujian dan rintangan. yang pastinya kita sebagai hambaNya tidak pernah ditinggalkan sendirian dalam menunjuk jalan kebenaran. Al-Quran dan Sunnah Rasul junjungan tetap memandu kita ke jalan yang sepatutnya. Terpulanglah kepada kita sendiri mana yang nak ikuti Allah & Rasul atau syaitan durjana.

Nafsu bagai fatamorgana di padang pasir. Jika kita lalai mengawal nafsu kita sendiri akan dikawanya dan menuju kearah kebinasaan dan laknat Allah pada kita seluruhnya. Orang yang beriman sentiasa memikirkan bagaimana untuk mengawal nafsunya sendiri. Orang yang beriman juga, menjadikan Al-Quran dan Sunah sebagai asas kepada iman yang sejati. Ketetapan imanlah yang sentiasa dicari agar ianya sentiasa subur dan mekar sebagai hamba Allah yang terbaik.

Sumpah/ berjanji amat mudah untuk dilafaskan tetapi harus ingat adakah kita seorang yang taat kepada sumpah atau janji yang telah dibuat. Dalam islam, orang yang bersumpah atas nama Allah jika melanggarnya akan dikenakan kifarah (rujuk ulamak). Janganlah kita sibuk mencari jalan perjuangan tetapi sikap suka khianati sumpah atau perjanjian yang di buat. Manusia seperti ini (yakni khianati sumpah) adalah orang yang tidak boleh dipegang. Orang seperti ini adalah orang yang sedih sekali imannya. Janganlah kita setakat pandai berkata-kata tetapi cetek nilai akhlaknya.

Pangkat dan darjat bukan dihati para pejuang. Kisah sahabat Nabi saw yang suka merendah diri dan tidak memandang kepada pangkat dan darjat wajib dicontohi. Ilmu tinggi tetapi tidak punyai hati yang ikhlas untuk berjuang tidak berguna malah terkutuk dan hina. Sebagai manusia kita tidak terlepas dari melakukan kesalahan dengan itu sentiasalah muhasabah diri akan apa yang telah dilakukan seharian agar kita tidak tersasar dari landasan yang sebenarnya.

Semoga kita dilindungi Allah dalam meneruskan perjuangan Agama, Bangsa dan Tanah Air yang tercinta...... wassalam


6 Jul 2010

PERSOALAN? MENGAPA PSSKSM GUNA GLOVE SEMASA SPARING

Glove merupakan sarung tangan yang diisi dengan span tebal. Ianya digunakan untuk mengelakkan kecederaan ketika berlaga atau bertinju. Permainan glove ini biasanya dikenali di dalam permainan tinju, tomoi & sebagainya. Ianya adalah satu kaedah yang selamat untuk menguasai sesuatu permaianan laga dalam sesebuah seni beladiri.

Ramai yang bertanya, kenapa Kuntau Selendang Merah menggunakan glove untuk belaga/ sparing. Tak kurang juga yang memberi komen tentang silat melayu menggunakan glove mencemarkan imej silat ?. Walau apapun komen orang terhadap silat ini cikgu percaya ramai lagi diantara kita yang berfikiran jauh menerima penggunannya secara baik dan bijak.

Asal usul silat kuntau selendang merah merupakan silat yang bercirikan laga atau tempur. Mungkin bila disebut laga ramai yang terbayang silat itu berlaga seperti silat olahraga yang popular kini. Sebenarnya permainan laga silat ini lebih jauh dari oalahraga. Kerana dalam laga kuntau selendang merah kita dibenarkan memukul bahagian kepala yakni muka. Ianya diasaskan oleh Guru Utama silat ini iaitu Datuk Haji Baharom bin Haji Kamari sejak kira-kira awal 80an dulu. Asalnya silat ini berlaga tidak menggunakan glove tetapi disebabkan cedera ringgan yang tidak mampu ditanggung oleh pesilat maka kaedah penggunaan glove diperkenalkan. Siapa yang mampu kalau belajar silat bengkak sana-sini dan ini adalah seriusnya teknik belajar silat yang sebenar dalam ertikata lahirkan pendekar yang gagah. Teknik ini dipersetujui oleh guru-guru tua seperti Mahaguru silat Sendeng Muar iaitu Allahyarham Cikgu Hamid Jah. Tok Ayah pernah berguru dengan beliau suatu ketika dahulu dan menjadi anak angkat Cikgu Hamid tetapi hubungan ini terputus ketika Tok Ayah melanjutkan pelajarannya di peringkat Master di USA.

Cuba kita renung sejenak semasa negara mengadakan pertandingan altimate warrior. Tak satupun silat berjaya ke pusingan hadapan. Masing-masing pulang dengan hati yang hampa dan ada sesetengah orang silat itu pula memberi komen yang bukan-bukan tentang pertandingan tersebut. Tak salah luahkan rasa tak puas hati sendiri tapi kenalah bercara. Jangan meludah ke langgit akhirnya jatuh ke muka sendiri pulak. Konsep sparing altimate warrior dikatakan tak sesuai dgn org silat? benar ke?...mengapa keluarkan kata-kata yg melemahkan semangat seluruh org silat. Ini boleh disifatkan sebagai khianat budaya bangsanya sendiri. Cuba ingat kembali Hang Tuah melawan Siam satu ketika dahulu membawa kejayaan yang gemilang hingga menakutkan musuh yang lain. Kenapa tomoi (beladiri siam) boleh menguasai pertandingan pula. Apa silap kita, pada pandangan cikgu org silat kita suka melaga-lagakan sesama sendiri, seperti berani diluar tapi penakut didalam gelanggang. Sedarlah bahwasaya bangsa Melayu kita ini kaya dengan ilmu persilatan yang pelbagai, ilmu yang handal biasanya tidak akan dihebahkan. Bukan kerana ilmu itu tak sesuai tetapi diri kita sendiri yang masalahnya. Banyak faktor diri yang perlu dimuhasabah terutamanya hati. Kalau belajar ilmu hebat begini tetapi sombong dan angkuh serta menindas orang lain apa gunanya.

Diharapkan penulisan kali ini dapat membuka minda sesiapa yang ingin membukanya. Tiada paksaan dalam Islam begitulah juga silat. Segala kata-kata yang menguris hati maaf dipinta semoga kita mendapat ilmu yang berguna.....

RELEVANNYA SILAT MASAKINI...

Silat merupakan satu sumber warisan bangsa Melayu yang tidak boleh dinafikannya lagi sejak berzaman. Silat juga merupakan kaedah jati diri yang melahirkan pahlawan-pahlawan unggul seperti, Laksamana Hang Tuah, Dato Maharajalela, Datuk Bahaman dan lain-lain lagi. Suatu ketika dahulu, masyarakat amat memandang tinggi terhadap ketinggian ilmu seseorang termasuklah ilmu Agama Islam dan ilmu persilatan. Tidak kira aliran mana silat seseorang itu, tentunya akan diisi dengan ilmu tauhid yang menjadi pegangan setiap pesilat untuk berjalan dijalan yang lurus sebagaimana digariskan dalam Al-Quran dan Sunnah Rasulullah saw. Penguasaan silat dizaman dahulu akan menjadikan taraf hidup seseorang itu berubah contohnya Laksamana Hang Tuah, beliau yang berasal dari keluarga hamba rakyat diangkat menjadi bangsawan kerana ilmu persilatan yang tinggi beliau dan berjaya mempertahankan maruah dirinya, bangsanya, agama dan tanah airnya yang tercinta daripada pengganas/ lanun.

Ajaran Islam yang berkonsepkan tauhid kepada Allah swt merupakan paksi utama dalam melahirkan jati diri seseorang. Inilah yang dikatakan oleh Dr Hamka (ulamak tersohor) bahawasanya silat itu lahirnya daripada perkataan solat.  Didalam solat kita diajar tentang tertib dan hukum dalam memenuhi tuntutan rukun islam tersebut. Terdapat syarat yang perlu dipatuhi dan setiap perbuatan yang dilakukan dalam solat dan hal ini telah diadaptasikan kepada silat. Jati diri yang terbaik adalah kembali kepada ajaran Islam yang sebenarnya dan ini memang tidak boleh diragui lagi kerana ianya telah berjaya dan terbukti sejak zaman dahulu kala lagi. Tetapi apa dah jadi masa kini???

Silat kini dipandang sepi oleh sesetengah orang yang sedihnya ianya dipinggirkan oleh remaja sendiri yang dah tentu akan menjadi penyambung kekuatan warisan bangsa Melayu kelak. Dalam hal ini kemodenan tidak boleh dianggap sebagai satu yang mengganggu gugat keutuhan persilatan melayu. Tetapi ianya berpunca dari dalaman institusi silat itu sendiri. Kita sering dengar di dada akhbar sikap kebiadapan orang silat atau jurulatihnya. Penglibatan golongan silat ini didalam jenayah makin membimbangkan yang menakutkannya lagi terlibat dengan jenayah cabul, rogol, samun dan sebagainya lagi. Ini semua menyumbang faktor silat itu tidak relevan sebagaimana yang diwar-warkan. Jikalau tiada orang-orang silat sendiri bertindak kepada pemulihan nama silat ia akan lebih dipandang hina oleh masyarakat kelak. Sebagai orang silat tak kira dimana, apa aliran sekalipun kita kena bersatu membantu satu sama lain dalam memulihkan nama dunia persilatan kita. Sikap pentingkan diri sendiri harus dihakis dan dibentuk dengan sikap sebagaimana yang diajarkan dalam asas agama Islam.

Marilah kita semua menghayati perjuangan pahlawan-pahlawan kita terdahulu dalam memertabatkan maruah bangsa melayu hingga kini. Kita wajib menjaganya agar ianya tidak dirosakkan dan hilang ditelan zaman.