15 Jul 2012

KURSUS PENSIJILAN ANTARABANGSA AKADEMI KUNTAU SELEMPANG MERAH BERSAMA APACMA UNTUK PELAJAR-PELAJAR SK JALAN 3 BANGI

13 Julai 2012 - Sejarah telah tercipta dimana Gerakan Selempang Merah telah berjaya menjalankan kursus pensijilan antarabangsa kepada pelajar-pelajar SK Jalan 3 Bangi. Program ini dijalankan selama 2 hari 1 malam yang terdiri daripada pelajar-pelajar tahun 6 sekolah berkenaan. Semangat yang ditunjukan oleh pelajar-pelajar telah membuktikan penguasaan permainan laga hanya dalam masa lebih kurang 7 jam sahaja. Rupanya ramai yang berbakat di sekolah berkenaan terutamanya dalam menerima ilmu baru tentang jatidiri Selempang Merah Malaysia. Pihak jurulatih juga teruja dengan komitmen Guru  Besar sekolah berkenaan iaitu Puan Noraini dan Penolong Kanan Kokurikulum iaitu Puan Nora. 
Majlis ini telah diserikan dengan kehadiran Tok Ayah (Datuk Prof Dr Hj Baharom bin Hj Kamari) serta Sdr. Zazali. Semoga usaha yang baru bermula ini diteruskan dengan pembukaan kelab Seni Silat Kuntau Selempang Merah seperti yang diharapkan oleh pelajar-pelajar yang terlibat dengan kursus mahupun yang menontonnya.