11 Okt 2009

ETIKA PERGURUAN

Setiap tingkah laku kita sebagai Jemaah Selendang Merah diperhatikan oleh semua pihak. Oleh yg demikian sikap atau cara kita berkomunikasi dengan Guru, Presiden, Timbalan Presiden, Ayahanda dan sebagainya haruslah memberikan imej yg baik kepada Pertubuhan. Semua ahli haruslah mempunyai kesedaran akan hal ini memandangkan kita makin hari makin menjadi sebuah Pertubuhan yg besar. Etika ketika kita berbicara haruslah sebagaimana yg digariskan oleh Islam. Berlemah lembut bukan bererti kita lemah tetapi ia merupakan satu kaedah dakwah yg nak disampaikan kepada org lain. Apabila kita berada dalam Majlis jemaah kita harus pandai membezakan ianya rasmi atau tidak. Ini juga berkaitan dengan pemakaian kita agar kita tidak dilihat sebagai bercanggah dlm peryatuan jemaah. Sikap jemaah kita dari Terengganu di bawah pimpinan Ayahanda Paduka Hj Mustafa, Hj Pha Komando dan lain-lain harus dipuji dan diteruskan. Berikutan kehadiran jemaah pusat ke bumi Terengganu atas jemputan rasmi, jemaah disana beratur menanti ketibaan jemaah pusat. Ini menandakan sikap yg serius mereka utk menyertai jemaah Selendang Merah dan berjuang bersama. Itulah yg kita harus terapkan iaitu saling hormat-menghormati antara satu sama lain. Inilah juga keunikkan Selendang Merah yg dibawah pimpinan Tok Ayah selaku Guru Utama. Sikap terus tuju kepada Tok Ayah dalam sesuatu hal itu tidaklah sesuai kerana kita masing-masing mempunyai Ayahanda atau wakil yg dilantik oleh pusat utk membantu mengembangkan panji selendang merah merata tempat. Sekiranya ada perkara yg nak dibertanyakan haruslah rujuk dahulu kepada Ayahanda atau wakil yg dilantik dan jika tidak ada penyelelsaiannya juga diperingkat negeri maka hubungilah AJK pusat antaranya Ayah Wan, Ayah Haji Omar, Cikgu Shah dan Pak Teh utk bertanyakannya dahulu. Setiap masalah yg dimaklumkan kepada AJK pusat akat terus disampaikan kepada Tok Ayah. Kerana Jemaah Selendang Merah kita bukan jenis yg menutup laluan org dan kita akan maklumkan sekiranya keputusan dari Tok Ayah dah dibuat dlm menyelesaikan sesuatu masalah.
Tangungjawab Ayahanda/ wakil dan jemaah yg ada harus mengambil perhatian dalam pelbagai hal terutamanya bila mendapati ahli-ahli kita yg telah memiliki baju korporat Selendang Merah. Janganlah adanya ahli-ahli kita yg memakainya utk tujuan yg tidak sepatutnya atau menunjuk2 kepada org lain. Pakaian baju korporat ini adalah utk majlis rasmi bersama jemaah kita sahaja. Begitu juga segala baju/ t'shirt/ topi malah striker kereta/motor yg telah diedarkan. Adalah menjadi tangungjawab kita bersama utk memastikan maruah Jemaah kita bersih dan gah dimata semua.

6 Okt 2009

BAJU KORPORAT

BAJU KEBANGSAAN

ETIKA PEMAKAIAN

Kod Etika Pemakaian haruslah difahami oleh semua ahli. Kerana setiap apa yg kita lakukan melambangkan imej kepada Gerakan Selendang Merah. Kalau penampilan diri kita tidak jagai maka tangapan mereka yg luar kepada kita akan teruk. Nabi saw bersabda maksudnya; Islam amat suka kepada kebersihan. Maka dengan itulah kita harus sentiasa bersih sama ada luaran dan dalaman agar kita dapat lahirkan keikhlasan yg membentuk ihsan. Ini adalah sedikit contoh pemakaian utk info kepada semua ahli-ahli. Diharapkan dengan pendedahan ini dapat memberikan imej yg baik kepada ahli-ahli Selendang Merah seluruh negara.

5 Okt 2009

KOD ETIKA

Kod Etika atau Garis Panduan merupakan satu bimbingan untuk semua ahli dalam menjalani perjuangan Selendang Merah setiap hari dan ketika. Kod Etika ini akan menerangkan corak dan cara kita orang-orang Selendang Merah dalam kehidupan kita bersaudara. Pematuhan kepada Kod Etika ini amat perlu dan kerjasama semua ahli yg ikhlas amatlah dihargai. Antara yg diterangkan dalam Kod Etika ialah Etika Komunikasi, Etika Pemakaian, Etika Penghormatan dan pelbagai lagi utk tatapan kita semua.
Adalah menjadi tangungjawab kita dalam bersaudara utk mengajar saudaranya agar berjalan di jalan yg lurus/ betul. Berpeganglah kepada dasar kita yg mengutamakan perjuangan Agama, Bangsa dan Negara yg tercinta. Sekiranya berlaku saat2 kecemasan org pertama yg harus dihubungi ialah Abang Long dan Ayahanda masing-masing. Mintalah sebanyak mungkin nasihat dan tunjuk ajar dalam menyelesaikan masalah. Ingat Pergaduhan bukan penyelesai segala masalah. Cara atau kaedah yg terbaik adalah dengan muzakarah ilmu dan sebaik-baiknya datanglah di majlis Usrah Selendang Merah yg diadakan setiap bulan (Buat masa ini KIV).