30 Jul 2009

ZIKRULLAH

Zikrullah ertinya mengingati Allah. Allah s.w.t banyak menyebutnya dalam Al-Quran sepaya para hambaNya sentiasa ingatiNya selalu,
Firman Allah dalam surah Al-Ahzab ayat 41;
"Wahai orang-orang yang beriman hendaklah kamu banyak-banyak mengingati Allah'.
Apabila seseorang lupa mengingati Allah, mengabaikan peringatanNya akan mengakibatkan seluruh hidup seseorang itu menjadi sempit, dan lebih parah bila tiba hari dibangkitkan kelak, Allah tidak akan mengindahkannya.
Firman Allah s.w.t, surah Thoha ayat 124-126;
"sesiapa yang berpaling dari mengingatiKu, maka baginya kehidupan yang sempit dan Kami akan himpunnya pada hari kiamat dalam keadaan buta, lalu orang itu bertanya mengapa Engkau membangkitkan/ menghimpunkan aku dalam keadaan buta sedangkan aku di atas dunia dulu celik. Allah menjawab demikianlah telah datang dahulu kepada kamu ayat-ayat Kami tetapi kamu melupainya dan begitulah juga kamu akan dilupakan pada hari ini".
Ibnu Qayim Al-Jauziah menyebut berpuluh-puluh kelebihan orang berzikir kepada Allah dan di antara yang dapat kita sebutkan di sini ialah:-
1) Zikir mampun menghalau syaitan

2) Menghilangkan kesedihan dan kedukacitaan

3) Mempermudahkan rezeki seseorang

4) Menjadikan seseorang itu hidup hatinya

5) Memberikan keamanan ketika manusia dihimpun di Padang Masyar kelak

6) Menghindarkan seseorang itu dari mengumpat dan mengeji orang lain.

Jelaslah oleh kita zikrullah atau mengingati Allah itu adalah makna umum kepada sesuatu amalan yang membolehkan kita mendapat keredhaan dan kasih sayang daripada Allah. Membaca Al-Quran, berselawat kepada Nabi s.a.w, amar makruf nahi mungkar, mempelajari ilmu dan memahaminya juga adalah zikir yang memberikan banyak kelebihannya yang tersendiri oleh Allah Taala.
Semoga dengan penjelasan ringkas ini mampu mengembangkan minda kita sebagai ahli Selendang Merah tentang amalan zikir menurut Islam.


(Diambil dari Buku Himpunan Tazkirah tulisan Us. Ahmad Shukri Hj Yusoff)










26 Jul 2009

25 Jul 2009

Pesanan Guru Waris - Ayat 4

"Orang Melayu mesti bersatu. Orang Melayu adalah yang beragama Islam dan mengamalkan budaya Melayu. Orang Melayu jangan sesekali berpecah dan harus membina Jatidiri. Jatidiri mesti dibina melalui amalan ayat 4 dan Seni Silat Kuntau Selendang Merah".
Pengamal ayat 4 bermatlamat mentauhidkan Allah s.w.t
Orang Melayu mesti terus membuat persiapan diri dalam membina Jatidiri.
Generasi Muda Melayu harus diingatkan supaya jangan hanya bernama Melayu
tanpa mempunyai jatidiri Melayu sejati.
Adalah menjadi harapan agar orang Melayu dan peminpin-pemimpin Melayu
perlu memberi sokongan padu kepada Pertubuhan Seni Silat Kuntau Selendang Merah
untuk terus membina jatidiri Melayu yang unggul.
TUAN HJ MOHD YUSOF BIN HJ MOHD SALLEH
Guru Waris PSSKSM Malaysia

Kata Aluan - Presiden PSSKSM(Malaysia)

Pertubuhan Seni Silat Kuntau Selendang Merah atau Gerakan Selendang Merah Malaysia pada hakikatnya adalah satu gerakan pewaris kepada penerus kepada perjuangan Kiyai Panglima Hj Mohd Salleh bin Hj Karim (pemimpin Selempang Merah).

Teras gerakan ini adalah amalan ayat 4, iaitu satu amalan jatidiri sejati. Ahli Pertubuhan ini mampu menjana dan memperkasa semangat jatidiri sejati Bangsa Malayu. Pengamalnya mampu membela diri dan boleh menghadapi situasi genting serta sentiasa bersedia menghadapi cabaran.

Gerakan ini adalah satu jemaah islam muttahir yang besar dan mempunyai rangkaian sahabat yang setia diseluruh Negara. Jemaah ini komited untuk membela semua ahli-ahlinya. Setiap ahlinya diterap untik wajib membantu dan menjayakan kegiatan Dakwah Islamiah yang menekankan penghayatan akhlak Islamiah yang unggul berpaksikan amalan jatidiri sejati menerusi amalan ayat 4 yang diwarisi daripada almarhum Kiyai Panglima Hj Salleh bin Hj karim.

Dengan keyakinan yang tinggi daripada ahli-ahlinya Pertubuhan in mampu meningkatkan tauhid, iman, takwa, mengamalkan syariah Islamiah dan menghayati sifat ikhsan

HJ WAN MOHD TAHIR BIN WAN IBRAHIM
Presiden PSSKSM Malaysia

Kata Aluan - Guru Utama PSSKSM

Pertubuhan Seni silat Kuntau Selendang Merah Malaysia atau dikenali sebagai Gerakan Selendang Merah merupakan gerakan yang sah dari segi undang-undang dan ajaran Islam. Ianya berteraskan pemupukan semangat Jatidir sejati Bangsa Melayu iaitu Silat Kuntau yang merupakan satu ilmu persilatan Melayu yang berasal dari Ponorogo, Jawa Timur, Indonesia. Siilat ini dipilih kerana keaslian setiap gerak pukulnya yang amat praktikal dan mudah dikuasai oleh sesiapa tidak kira umur.
Perkataan Kuntau berasal dari perkataan Quntura, iaitu nama isteri Nabi Ibrahim a.s. yang ketiga Siti Quntura. Silat Kuntau teah dibawa oleh orang Malayu berketurunan Jawa yang melakukan migrasi diawal abad ke-18, terutamanya di negeri Johor. Ianya berkembang secara sihat, dari satu guru kepada guru yang lain sehingga sekarang.
Ahli-ahli Seni Silat Kuntau Selendang Merah diwajibkan mengamalkan amalan ayat 4 sebagai amalan utama untuk mengukuhkan jatidiri sejati. Tujuan utama amalan ini untuk meningkatkan ketauhidan, ketakwaan, keimanan, penghayatan sejarah Islamiah dan menghayati sifat keikhsanan dalam Islam.
Ilmu persilatan ini dibangunkan secara semula jadi yang menjadi amalan oleh orang-orang tua terdahulu dan insya-Allah ianya mampu membina jatidiri Melayu sejati yang ampuh dan unggul hingga akhir zaman.
DATUK HJ BAHAROM BIN HJ KAMARI DMSM, KMN, AMN
Guru Utama dan Penaung PSSKSM (Malaysia)

Sejarah Pengenalan PSSKSM

Pertubuhan Seni Silat Kuntau Selendang Merah Malaysia atau dikenali dengan nama Gerakan Selendang Merah telah didaftarkan pada 5 Januari 2000 di Pejabat Pendaftaran Pertubuhan WPKL. Pertubuhan ini diasaskan oleh Yang Berbahagia Datuk Hj Baharom bin Hj Kamari selaku Guru Utama dan Penaung. Pertubuhan ini mencakupi gerakan beladiri, dakwah, persaudaraan dan keselamatan, ekonomi, sosial dan perkembangan ilmu pengetahuan serta membina rangkaian.
Tujuan utama Gerakan Selendang Merah ialah menyatupadukan Bangsa Melayu berteraskan semangat Jati Diri sejati (semangat jihad) bangsa Melayu. Semangat jihad ini diwarisi dari perjuang-perjuang Islam khususnya daripada bangsa Melayu itu sendiri iaitu Kiyai Panglima Hj Salleh (Kiyai Salleh), panglima tentera selempang merah atau selendang merah yang menentang komunis di Tanah Melayu. Perjuangan Panglima Kiyai Salleh telah mendaulatkan maruah Agama Islam serta Bangsa Melayu dari ancaman Komunis da kuncu-kuncunya.
Pemupukan Semangat Jatidiri sejati (Semangat Jihad) dimulakan dengan aktiviti beladiri iaitu Seni Silat Kuntau Selendang Merah. Gerak Silat ini merupakan gerakan yang mudah dipelajari, cepat mahir dan mampu membela diri dari ancaman musuh dan sentiasa bersedia menghadapi cabaran. Ia juga meningkatkan keyakinan diri yang sejati.
Pertubuhan ini yakin ramai orang-orang Melayu mempunyai semangat jatidiri sejati. Ianya mampu disatukan semula dengan lebih terancang demi perjuangan Agama, Bangsa dan Negara yang tercinta